Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 28, 2025 @ 8:52am

Yusuf Kassim Rakam Semula Lagu Permata Yang Dicari

Pendatang baru, Yusuf Kassim, tampil dengan lagu Permata Yang Dicari 2.0, sebuah karya yang diberi nafas baharu selepas pertama kali diperkenalkan oleh kumpulan Dehearty pada tahun 2005. Menariknya, salah seorang anggota asal kumpulan itu, Hisyam Ahmad atau lebih dikenali sebagai Hisyam Inteam, pernah membawakan lagu ini suatu ketika dahulu.

Yusuf, yang juga Johan Qari Tilawah peringkat negeri Johor 2024 dan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, meluahkan rasa syukur atas peluang merakamkan semula lagu tersebut.

“Alhamdulillah, saya tak sangka diberi peluang untuk merakamkan kembali lagu Permata Yang Dicari versi terbaru ini. Saya membesar dengan lagu ini sewaktu belajar di sekolah,” katanya. Proses rakaman hanya mengambil masa selama tiga jam, dan Yusuf mengakui dapat membawakan lagu ini dengan mudah.

Menurut Yusuf, pihak Inteam Records sebenarnya telah lama melamarnya sejak tahun 2023. Namun, kerana masih terikat dengan kontrak syarikat rakaman terdahulu, beliau terpaksa menolak tawaran itu. Selepas tamat kontraknya pada pertengahan September 2024, Inteam Records kembali menawarkan peluang, dan akhirnya, pada pertengahan Oktober 2024, Yusuf menandatangani kontrak bersama mereka.

Dalam versi terbaharu ini, lagu Permata Yang Dicari 2.0 digubah semula oleh Frizdan dengan susunan muzik yang lebih segar oleh Amy Bong. Menariknya, perubahan juga dilakukan pada lirik bahagian akhir lagu ini—daripada menggambarkan pencarian pasangan, kini ia mencerminkan seseorang yang sudah menemui jodohnya. Perubahan ini mendapat respon positif daripada pendengar, yang memuji Yusuf kerana berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik.

Video muzik lagu ini turut menampilkan Hisyam Inteam sebagai tok kadi, manakala isteri Yusuf sendiri, Noranisa, berlakon sebagai pasangan pengantin. Yusuf meluahkan rasa gembira kerana berpeluang berlakon bersama isterinya.

“Alhamdulillah, ini pengalaman pertama kami berlakon, dan saya tidak berasa kekok kerana isteri saya sendiri yang berlakon bersama,” ujarnya. Muzik video ini berjaya meraih 38,000 tontonan di YouTube Inteam Digital dalam tempoh dua minggu—satu pencapaian yang tidak disangka.

Yusuf berharap agar Permata Yang Dicari 2.0 dapat memberikan kesan mendalam kepada pendengar, khususnya dalam menghayati nilai-nilai murni tentang pencarian jodoh yang diredhai Allah. Bagi Yusuf, lagu ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga peringatan bahawa jodoh adalah satu anugerah yang perlu dihargai dan dicari dengan penuh ketulusan hati. Beliau turut berharap lagu ini dapat memberi inspirasi kepada mereka yang sedang mencari pasangan hidup untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya.

Dengan versi baharu Permata Yang Dicari 2.0, Yusuf berharap pendengar bukan sahaja menikmati melodi dan liriknya, tetapi juga menghayati mesej yang terkandung di dalamnya. Lagu ini diharap dapat memberi semangat kepada setiap individu yang sedang mencari pasangan hidup agar sentiasa berserah kepada takdir terbaik daripada Allah dan terus berusaha dengan niat yang ikhlas.

Lagu Permata Yang Dicari 2.0 kini boleh ditonton di YouTube Inteam Digital serta didengarkan di semua platform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Feb 2025
Featured Thu, 28 Nov 2024

Netizen ‘Bitter’ Intan Najuwa Berhabis Hias Bilik Anak, Empunya Badan Tampil Bersuara – “Takkan Nak Tumpang Bilik J*bon”

Pelakon Datin Intan Najuwa menyelar tindakan segelintir netizen yang kelihatan kurang senang dengan usahanya menghias bilik anak sulungnya.

Hiburan Mon, 18 Nov 2024

Bekas Adik Ipar Nak Saman RM5 Juta, Iqbal Zulkefli Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan

Iqbal Zulkefli mendakwa dia belum menerima sebarang surat tuntutan saman RM5 juta oleh bekas adik iparnya.

Hiburan Thu, 31 May 2018

山脚下男孩成军25周年915开唱「自嘲男孩变大叔」

成军25周年的山脚下男孩,终决定在9月15日举办山脚下男孩25周年《都有你在》演唱会!盼歌迷能带着小孩一起来集体回忆经典曲目,并且还会演唱全新曲目,一起「吸粉」新生代!

Featured Tue, 5 Oct 2021

“Buka Aib Sendiri, Content Mengundang Laknat..”- Ustaz Ini Perjelas Hukum Content Viral Tanpa Batas

Baru-baru ini, beberapa kes content viral melibatkan Youtuber yang membuat rakaman di tanah perkuburan membuatkan ramai yang berang. Bukan sahaja dilihat tidak menjaga sensitiviti, malah netizen mengkritik mereka tidak menggunakan akal fikiran yang waras dan hanya mengejar […]

Events Thu, 30 Aug 2018

Seindah Dan Secantik Orkid Cattleya, Dai’ Ini Dapat Pujian?

 “Secantik dan Seindah Orkid Cattleya” apakah maksud disebalik pujian ini?

Hiburan Mon, 7 May 2018

Tak Dapat Serang Kakak, Instagram Adik Jadi Mangsa…

Segelintir peminatnya pula meminta aktres itu menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbelahan berterusan.

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
error: Content is protected !!