Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 7, 2018 @ 8:46am

Tak Dapat Serang Kakak, Instagram Adik Jadi Mangsa…

Berikutan kes Uqasha Senrose ditahan selepas ditemui dalam keadaan khayal, laman Instagram Nelydia Senrose pula menjadi mangsa serangan netizen!

Disebabkan kakaknya menutup ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan komen negatif di laman Instagram Nelydia pula…

Hampir 1,000 komen yang rata-ratanya memberi kata-kata negatif membanjiri foto pelakon tersebut sejak pagi Isnin.

Segelintir peminatnya pula meminta aktres itu menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbelahan berterusan.

Bagaimanapun, Uqasha menerusi satu laporan sebuah portal memberitahu ujian air kencing membuktikan dia tidak berada dalam keadaan khayal seperti dilaporkan.

Dia juga tidak menolak terdapat unsur sabotaj terhadap dirinya. 

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita seorang pelakon popular ditahan polis selepas ditemui dalam keadaan khayal berserta sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji dalam tas tangan miliknya pada Ahad.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dadah yang ditemui dianggarkan bernilai RM660 selain ujian saringan awal air kencing terhadap aktres itu juga didapati negatif.

Tambah Mazlan, kes itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Sumber polis berkata, artis itu yang berasal dari Kelantan dipercayai melanggar kenderaan seorang lelaki Cina di Taman Tun Dr Ismail di sini sebelum lelaki tersebut menghubungi pihak polis kira-kira pukul 11.45 pagi.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2024

Lelaki Miang Ganggu Mona Allen Ajak ‘Video Call’, Tawar Wang Cecah RM20,000

Mona Allen ditawar RM20,000, lelaki miang ajak video call

Hiburan Tue, 24 Jun 2025

Kereta Porsche Selebriti & Usahawan Wanita Antara 101 Kenderaan Mewah Disita JPJ Dalam Ops Luxury

Kenderaan mewah milik selebriti dan usahawan wanita itu disita di kawasan sekitar Lembah Klang.

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

Abby Abadi Dedah ‘Bride Assistant’ Kiki Pernah Jadi Pekerja, Dakwa Minta Pinjam Wang Beribu-Ribu Bayar Ahlong

Abby turut mendakwa antara sebab wanita berkenaan tidak lagi bekerja dengannya adalah kerana pelbagai ragam yang ditunjukkan, termasuk pernah meminta untuk meminjam wang dalam jumlah besar.

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Events Sat, 2 Feb 2019

#xtraGiveaway: Party with a Star-Studded DJ Lineup in Zouk Genting

Stand a chance to win FIVE tickets to Zouk Genting in February!

Hiburan Wed, 9 Oct 2024

Bakal Rebut Gelaran Juara, Ini 5 Finalist #XTRAXSTAR2024!

Saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, pada Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok @xtra_my

error: Content is protected !!