Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd October 5, 2021 @ 4:46pm

“Buka Aib Sendiri, Content Mengundang Laknat..”- Ustaz Ini Perjelas Hukum Content Viral Tanpa Batas

Baru-baru ini, beberapa kes content viral melibatkan Youtuber yang membuat rakaman di tanah perkuburan membuatkan ramai yang berang.

Bukan sahaja dilihat tidak menjaga sensitiviti, malah netizen mengkritik mereka tidak menggunakan akal fikiran yang waras dan hanya mengejar tontonan semata-mata.

Terbaharu, menerusi program bual bicara Sembang Viral TV9 yang dihoskan oleh Fedtri Yahya, pendakwah terkemuka, Ustaz Elyas Ismail telah tampil mengulas mengenai isu tersebut.

“Seorang tokoh ada sebut ramai manusia di akhir zaman sibuk nak jadi ‘attention seeker’ demi keuntungan dan sebagainya tetapi kadang-kadang mereka rasa ia satu kepuasan apabila orang bercakap buruk walaupun benda tu tak elok.

“Dalam hadis ada di sebut ini termasuk golongan Al-Muhajirin, iaitu yang tidak diampun Allah iaitu golongan yang menyebarkan keburukan diri sendiri untuk mendapat perhatian orang,” katanya.

Ustaz Elyas turut mengulas mengenai kandungan yang mempunyai manfaat dan laknat dan menasihatkan agar para penonton mempunyai ‘penjarakan media sosial’ dan lebih bijak dalam menilai sesebuah kandungan.

“Ada content yang manfaatnya besar tapi ada content yang mengundang laknat. Ada content yang membuatkan ahli keluarga si mati rasa sedih atau kecewa, benda tu boleh mengundang laknat. Nauzubillah,” komennya lagi.

Untuk info, program Sembang Viral adalah program bual bicara baharu yang bersiaran di TV9.

Kapsul berdurasi 10 minit itu dikendalikan secara bergilir oleh Fedtri dan Datuk Rosyam Nor setiap hari pada jam 7.30 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 May 2023
Acara Thu, 20 Feb 2020
Featured Wed, 16 Mar 2022
Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Buat ‘Live’ Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Netizen Kritik Aida Aris Didakwa Tiada Sensitiviti

Aida memilih untuk membalas komen-komen diterimanya secara ringkas dengan menulis, ‘Al-Fatihah’.

Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Tahniah! Bella Dally Selamat Bertunang Dengan Mr. A

Wah, yang penting kena move on dan sentiasa positif macam Bella okay!

Trending Wed, 20 Jan 2021

Permohonan Tangguh Bayaran Balik PTPTN Mulai 20 Januari Hingga 31 Mac

Mesti ramai yang nak mohon untuk tanggug bayaran balik PTPTN kan?

error: Content is protected !!