Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 16, 2022 @ 2:54pm

Kerajaan Bersetuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10,000

Ini mungkin berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia yang berharap agar pengeluaran khas sebanyak RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini telah dipersetujui.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan mengenai berita gembira itu pada sidang media khas hari ini.

Menurutnya, walaupun keputusan yang sukar kerana membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak rakyat dan juga simpanan masa hadapan.

“Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion membabitkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.

“Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan,” katanya.

Justeru itu, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran RM10,000 setelah mengkaji dan mendengar permintaan dari semua pihak.

Oleh itu, penjelasan mengenai pengeluaran khas ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan pihak KWSP dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau merayu agar pemohon mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Featured Tue, 20 Aug 2024

“Saya Tidak Mahu Kenyataan Saya Memberi Impak Negatif Pada Orang Lain”- Puteri Sarah Liyana

Better Sarah tak cakap apa-apa kan? Kang netizen laju je 🤪

Featured Thu, 15 Jan 2026

“Bila Pergi Majlis Ilmu Baru Faham, Teguran Itu Tanggungjawab Sesama Muslim… Tapi Tidak Memalukan” – Betty Rahmad

Menurut Betty, sebelum ini dia sering berasa defensif setiap kali menerima teguran, apatah lagi apabila ia datang daripada individu yang bukan bergelar ustaz ataupun ustazah.

Contest Sun, 1 Sep 2019

Korang Nak Tahu Siapa Pemenang #ICSYVMY #SuaraSiapaTu?

Jangan lepaskan peluang untuk tengok sendiri nama pemenang bagi episod 11 ICSYVMY

Events Tue, 10 Jul 2018

Wow! Tun M Kongsi Rahsia Gaji Selama 29 Tahun

Saya simpan gaji saya. Itulah duit yang saya ada sekarang sebab semuanya dibayar oleh kerajaan.

error: Content is protected !!