Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 23, 2022 @ 4:03pm

“Beri Mereka Ruang Selesai Isu Adik Beradik, Pasal Mak Ayah Dah Okay…”- Isteri Abang Viva Tenang Terima Kecaman

Selepas tular di media sosial kerana didakwa berkahwin tanpa pengetahuan dan restu keluarga, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva tampil menepis dakwaan tersebut.

Menurut jejaka itu, dia telah memaklumkan hasrat untuk berkahwin sebanyak tiga kali kepada ayah dan ibu sebanyak lima kali walaupun pada hakikatnya keluarga Abang Viva kurang bersetuju dengan pilihan hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Nikah Tanpa Pengetahuan Keluarga, Abang Viva Tampil Buka Mulut – “Dah 5 Kali Cakap Pada Mak, Cuma Mereka Tak Setuju Dengan Pilihan Hati Saya…”

Dalam pada itu, isteri Abang Viva, Evanoza Zakaria turut menerima tempias apabila terdapat segelintir warganet yang mengkritik dirinya kerana berkahwin tanpa restu orang tua.

Menjengah di ruangan TikTok peribadinya, Evanoza bagaimanapun dilihat tenang menjawab soalan warganet menerusi ruangan komen perkongsiannya.

Malah, sebagai isteri dia memohon dan berharap agar orang ramai memberikan ruang kepada suaminya itu untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keluarga.

Tambahnya lagi, kedua ibu bapa mentuanya itu kini sudah okay dan memohon agar warganet mendoakan yang terbaik untuknya dan keluarga.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Nov 2019
Featured Mon, 5 Sep 2022

Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis – “Wallahi, Tak Terniat Nak Buat Perkara Keji Itu..’

Sedih bila dengar luahan hati Aqish 😭 Jika benar bagai dikata, moga ada pencerahan daripada pihak berkuasa. Moga dipermudah segalanya

Featured Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Harus Tonton! Ruffedge Sanggup Crash Wedding Demi Muzik Video ‘Seperti Mereka’

Video muzik rasmi ‘Seperti Mereka’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 22 Januari 2019.

Hiburan Tue, 14 Sep 2021

Lagu Bahagia Eza Edmond Kini Tular Di Indonesia

Single Bahagia nyanyian Eza Edmond telah muncul pada tahun 2017 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sebagai bakat baharu, Eza berjaya meraih lebih 13.1 juta tontonan menerusi muzik video dan video lirik lagu Bahagia di laman […]

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Datuk Fazley Yaakob Dapat Anugerah Lagi

Tahniah! Datuk Fazley Yaacob menang anugerah lagi.

error: Content is protected !!