Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 29, 2025 @ 12:30pm

“Dia Nak Jadi Madu Sebab Boleh Kongsi Resipi” – Anzalna Nasir Bidas Komen Berani Netizen

Pelakon jelita, Anzalna Nasir, tampil bersuara selepas seorang individu berani meninggalkan komen mahu menjadi madunya ketika sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi perkongsian semula video tersebut, difahamkan individu berkenaan secara terbuka menyatakan keinginan untuk menjadi isteri kedua semata-mata kerana ingin berkongsi resipi masakan dengan pelakon itu.

Namun, respon Anzalna yang dikenali dengan personalitinya yang tegas dan bersahaja itu telah mencuri perhatian ramai.

“Dia kata dalam Islam lelaki boleh kahwin empat dan kalau jadi madu, boleh kongsi resipi.
 Macam resipi kau sedap.

“Apa hal pula nak jadi madu saya sebab resipi? Tak payahlah.
 Yang awak teringin sangat dengan suami saya tu kenapa?” katanya.

Tidak berhenti di situ, aktres drama Love You Mr Arrogant itu turut melontarkan pandangan tentang dilema seorang isteri dalam menjaga suami.

“Susah sebenarnya jadi isteri ni. Kalau kita jaga suami lebih-lebih, mulalah orang nak suami kita.

“Kalau tak jaga, dikata isteri tak pandai urus.
 Nak suruh suami pakai wangi-wangi pun takut… nanti ada pula perempuan lain terpikat bila lalu sebelah,” ujarnya.

Walaupun mengakui serba salah, Anzalna menegaskan tanggungjawab sebagai isteri tetap perlu dijalankan sebaiknya.

“Jadi serba salah, apa pun tetap kena jaga suami kita,” ujarnya.

@anzalna.nasir92

Penyondol main jauh jauh😠#capcut #anzalna #fyp #pageforyou #abcxyz

♬ bunyi asal – Anzalna Nasir – Anzalna Nasir

Sekarar info, Anzalna, 37, mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Jan 2025
Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Pelajar Cina Cemerlang SPM Bakal Ke Matrikulasi

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menegaskan bahawa penambahan tawaran khas kepada pelajar kaum Cina itu tidak akan menjejaskan pengambilan pelajar Bumiputera ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan.

Hiburan Thu, 6 Mar 2025

[VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Sebak, Kongsi Nota Terakhir Allahyarham Akiko

Ridzuan Ridzokumura sebak, kongsi Allahyarham Akiko tulis nota terakhir

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Kontroversi Rekaan Samping Tak Jejaskan Jualan Elrah, El Azman Berjaya Raih RM250 Juta Sebelum Syawal

Kontroversi samping tidak memberi kesan terhadap jualan produk El Azman.

Events Fri, 3 Aug 2018

#daiTV3 : Persembahan Da’i Manakah Yang Berjaya Mencuri Perhatian Pada Minggu Ini?

Saksikan Siaran Secara Langsung Da’i Pendakwah Nusantara hanya di TV3!

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Siapa Artis Ke Kelab Malam Pada Bulan Ramadan?

Kenyataan itu dilihat seakan-akan benar apabila status Eyka juga menunjukkan yang kononnya beliau berada di kelab tersebut.

error: Content is protected !!