Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 16, 2025 @ 4:28pm

Terima Komen Kasar, Shuib Didakwa ‘Jual’ Anak Demi Raih Populariti – “Saya Bapa, Mesti Nak Tengok Dia Berjaya”

Susulan tindakan menyokong anakya menjadi hseorang penyanyi, pelawak dan usahawan, Shuib kini terpalit pula dengan komen kurang enak apabila ada yang mendakwa dia cuba ‘menjual’ anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra.

Kata Shuib ketika ditemui XTRA, sebagai seorang yang bertanggungjawab membesarkan anak-anak, dia tahu apa yang terbaik dan sebaliknya untuk mereka.

Menganggap seperti memberikan ‘supplemen’ kepada minat anaknya, Shuib bagaimanapun menjelaskan, dia meletakkan agama dan pelajaran anak-anaknya sebagai perkara paling utama.

“Sebenarnya saya bapa dia, saya tahu apa benda yang bagus dan tak bagus untuk anak-anak saya. Pertama, saya letakkan agama nombor satu untuk dia, kedua adalah pelajaran dan ketiga adalah menyanyi.

“Ini minat dia, saya tak boleh halang minat dia ni. Mungkin menyanyi adalah supplemen untuk dia. Mungkin ini yang buatkan dia happy, mungkin ini yang buatkan dia puas, so kenapa saya nak halang minat dia. Lebih baik anak saya ada minat daripada dia langsung tak buat apa-apa.

“Agama dan belajar ini tak kan lah saya nak lepas. Benda ni semua kena balance. Kadang orang mungkin cakap, kalau dia ada anak macam anak saya, kena buat benda yang sama. Kita sebagai parents nak beri sokongan kepada mereka sahaja.

“Mana ada bapa yang nak tengok anak dia tak berjaya. Semua parents nak tengok anak dia berjaya. Itulah motif kita sebagai parents, berjaya dalam bentuk apa kita tak tahu.

“Saya tak cakap mungkin dia ada pelajaran yang tinggi bila dia besa dia betul-betul jadi orang berjaya tapi kalau say aboleh balance kan agama dia, pelajaran dia dan manatau dengan menyanyi ni ada something juga dengan diri dia kenapa tidak?J adi, saya kena lorongkan dia dengan betul, acukan dia dengan acuan yang betul,” katanya.

“Saya yang besarkan dia dari kecil”

Tidak habis disitu, Shuib menafikan sekeras-kerasnya terhadap istilah ‘menjual’ anak demi meraih populariti seperti yang didakwa netizen.

Menurut pemilik nama sebenar, Shahmira Muhammad, 40, tindakannya itu hanyalah sekadar mahu melihat anak perempuannya itu berjaya dalam bidang yang diceburinya kelak.

“Ini bukan istilah pasal jual anak, saya bapa dia, saya nak tengok dia jadi orang berjaya. Sebab saya yakin, anak-anak ni kalau ada guide yang baik dari parents dia insyaa-Allah mereka akan jadi orang yang berjaya.

“Sebab mereka ni mungkin orang pertama yang mereka akan cari adalah parents mereka bukan pergi dengan orang luar. Dan saya tak nak dia pergi dengan orang luar. Saya bapa dia, dan saya adalah figura yang akan jadi paling baik dengan dia.

“Jadi istilah jual anak ni saya rasa tak timbul kot. Kalau anda kata dengan dia menyanyi satu hari nanti dan berjaya dan ada rezeki tolong saya, kenapa tidak? Saya yang besarkan dia daripada kecil,” jelasnya.

Shuib bangga

Mengulas lanjut, sebagai bapa kepada empat orang anak, Shuib bersyukur dan berbangga terhadap tindakan Talita yang sebelum ini pernah memberitahu bahawa dia mahu menolong bapanya.

Meskipun tidak menyangka anaknya perempuannya itu akan bertindak demikian, namun dia memahami bahawa Talita juga seperti anak orang kebanyakan yang membaca gosip dan isu kontroversi melibatkan keluaganya.

“Itu sebenarnya tiba-tiba. Sebab kita tak ajar dia cakap macam tu, tak pernah ajar dia untuk ada perasaan macam tu kepada bapa dia. Tapi dia makin besar dan dia nampak, tengok juga media sosial dan tahu apa yang terjadi, tahu apa orang luar kata pasal bapa dia. Hari-hari duduk dengan bapa dia, ada hari dia tengok bapa dia happy, begitu juga sebaliknya.

“Jadi ada hari yang saya tanya dia, kenapa nak jadi penyanyi then, dia kata nak tolong saya. Sebab ramai yang tak suka. Jadi, sebagai bapa, saya of course sedih.

“Saya sendiri tak ajar dia cakap macam tu. Tapi bila dia ada perasaan macam tu, sebagai bapa saya bangga dan seronok bila ada anak yang ambil berat pasal kita.

“Kadang-kadang kita cuba sembunyikan masalah daripada mereka, tapi anak-anak ni boleh rasa dan saya gembira bila anak saya ada perasaan itu.

“Talita ni dia anak nombor dua, saya pernah baca fakta berkenaan anak nombor dua ni yang Dr Fadilah Kamsah cakap dengan saya, anak nombor dua ni ada dua benda, kalau jadi, dia jadi betul, kalau tak, tak jadi betul. Macam Sarah, dia anak nombor dua, masa dia membesar dialah orang yang banyak support family dan saya tengok Talita mungkin jadi macam tu juga.

“Sebab saya lalui kehidupan saya sebagai artis dan ahli perniagaan ada suka dukanya. Tapi untuk anak-anak, bila terbit perasaan macam tu semestinya saya gembira sangat.

“Apa yang saya buat bukan untuk saya, tetap untuk mereka semua. Saya nak tengok semua anak-anak saya berjaya,” ujarnya.

Anugerah berpestij itu turut mengumumkan calon Top 5 merangkumi 11 kategori termasuk Selebriti Tergempak, Program Digital Tergempak, Digital Creator (Lifestyle) Tergempak, Digital Creator (Foodie) Tergempak dan Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak.

Ini termasuklah, anugerah khas Keluang Man of The Year dan Gempak Most Wanted 2024.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

“Saya Selalu Mendoakannya Walaupun Kadang-Kadang Dia Tergelincir” – S Hafiza (Ibu Aliff Aziz)

Apa jua masalah, ibu bapa pasti akan sentiasa mendoakan anak mereka

familuv Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Foto Sentuhan Klasik, Ramai Puji Keluarga Que Haidar Macam Bangsawan!

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon, Que Haidar di aplikasi TikTok  sehingga berjaya mencuri perhatian ramai, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar memuat naik beberapa […]

Featured Tue, 14 Jun 2022

[VIDEO] Jual Rumah Bernilai RM1.2 Juta, Netizen Anggap Kifarah Buat Shuk Sahar Akibat Curang – “Bye Bye Ferrea..”

Semoga Shuk tabah menghadapi ujian ini dan ambil iktibar daripada perkara yang berlaku 😊

Hiburan Thu, 16 Sep 2021

“Aafiyah Sampai Excited Tengok Kereta & Lampu Jalan…” – Siti Nurhaliza

Lama ‘terperap’ di rumah akibat pandemik, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan anak sulungnya, Siti Aafiyah teruja apabila dia dibawa keluar. Tambah Siti, dia mengambil pendekatan untuk menggajikan penjaga yang mempunyai latar belakang […]

Hiburan Thu, 14 Aug 2025
Hiburan Sat, 15 Dec 2018
Trending Fri, 20 Apr 2018

Bawang Punya Pasal, Lelaki Dipenjara Tiga Hari

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahaman Sukuler, 28, yang juga warganegara India selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Hiburan Sat, 19 Oct 2019

‘Janganlah Cepat ‘Melantun’ Kalau…- Scha Al-Yahya

Pesan Scha, ‘Jangan ikut perasaan’

error: Content is protected !!