Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 13, 2023 @ 5:43pm

[VIDEO] Sakat Isteri Masih Dalam Wuduk, Netizen Terhibur… Ramai Boleh ‘Relate’ Dengan Zamarul Hisham – “Suami Isteri Memang Dengki Macam Ni Kan?”

Pelakon versatile Zamarul Hisham sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi sebuah video memaparkan aktor itu sedang menyakat isterinya yang juga pelakon, Diana Rafar ketika masih dalam keadaan berwuduk.

Menerusi perkongsian di TikTok, video berdurasi 41 saat itu menunjukkan Zamarul Hisham, 52, datang menyakat isterinya yang sedang duduk di meja makan sambil memakai telekung lengkap sebelum memegang tangan Diana dan mencium pipi isterinya itu.

“Suami memang suka kacau isteri yang dah berwuduk kan,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat aksi pasangan bahagia tersebut,  malah ramai yang boleh relate dengan tindakan teraju utama drama Saat Hilang Cintamu itu.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dengan lebih 74,000 tanda suka.

 

Terdahulu, nama Zamarul kembali hangat diperkatakan selepas dia membawakan watak Razil dalam telemovie popular arahan Rahila Ali, yang diadaptasi dari kisah benar iaitu, Saat Hilang Cintamu.

Telemovie tersebut tular di laman sosial TikTok selepas lakonan Zamarul dan Rita Nadira berjaya membuatkan ramai peminat drama Melayu berasa sebak, bahkan aktor itu juga memaklumkan watak Razil dalam cerita tersebut sebenarnya masih wujud sehingga kini.

ARTIKEL BERKAITAN:Rita Nadira Menangis, Akui Watak Salina Dalam Saat Hilang Cintamu Kejam!

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Zamarul Hisham Kongsi Pengalaman Pertama Kali Mendapat Tawaran Berlakon – “Dia Koyakkan Cek Tersebut & Berikan….”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Mar 2025
Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Salam Takziah…Ibu Issey Meninggal Dunia

Issey Fazlisham, Asiah Haron meninggal dunia kira-kira jam 3.40 petang tadi akibat serangan jantung.

Hiburan Tue, 19 Aug 2025

Dari Pentas XTRA XSTAR Ke Studio Rakaman… Zahra Lancar Single Debut Janjiku Padamu, Harap Jadi Lagu Galau Ramai!

Juara kempen XTRA XSTAR 2024, Zahra lancar single pertama Janjiku Padamu!

Featured Fri, 21 Jul 2023
Featured Thu, 28 Oct 2021
#tilljannah Wed, 16 Nov 2022

Dai Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail

Dai Syed & Hana Ismail bertunang

Featured Tue, 9 Sep 2025

“Malulah Hidup Atas Duit Perempuan”- Hantaran Di Threads Curi Perhatian, Abby Abadi Perli Siapa?

Abby secara sarkastik berkata, individu berkenaan sepatutnya malu kerana hidup atas tanggungan dan duit perempuan.

error: Content is protected !!