Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom October 17, 2018 @ 9:00am

Menggosok Baju Bayi, Salah Satu Cara Ibu Prihatin Memelihara Kulit Si Kecil

Kulit bayi sememangnya sangat lembut dan sensitif. Jika ia terdedah kepada kimia, bakteria atau organisma lain, boleh menyebabkan mereka terkena infection seperti gatal-gatal atau ruam.

Salah satu cara untuk melindungi mereka yang mungkin selama ini tidak pernah diketahui anda adalah dengan menggosok baju anak.

Membasuh baju dengan bersih saja tak cukup untuk melindungi kulit si kecil anda daripada gangguan yang mungkin melekat pada pakaian, sarung bantal atau sarung tilam mereka.

Berkurun lamanya kita menggunakan teknik menggosok untuk mengelakkan baju dari berkedut. Tapi, ada lagi kelebihan menggosok baju yang mungkin anda tak tahu dan ia boleh melindungi kesihatan bayi anda.

Mari kita semak apakah kelebihan menggosok baju anak-anak selepas dibasuh ini.

4 kelebihan menggosok pakaian anak selepas dibasuh

Foto: Ralph Lauren

1. Bebas bau dan membuatkan pakaian berbau segar dan bersih

Kadang-kadang, lepas basuh baju anak yang ada kotoran melekat menggunakan sabun pun, bau masih tak hilang.

Nak letak sabun basuh baju banyak-banyak tak elok pula untuk kulit mereka. Justeru dengan menggosok baju anak anda, ia dapat hilangkan bau yang tak diingini dan akan buat anak anda lebih selesa.

2. Menghilangkan kelembapan dan mengeringkan pakaian

Sebagai ibu, memang banyak kerja yang nak diselesaikan. Kadang-kadang bila terlambat basuh baju, tak sempat pula nak kering. Lagi-lagi bila anak kita masih kecil dan asyik tukar baju, tak sempat nak betul-betul kering dah nak guna.

Tapi, baju yang lembap adalah tempat yang sempurna untuk bakteria membiak dan akan buat jangkitan pada kulit.

Bila anda gosok pakaian anak anda, ia boleh bantu untuk keringkan baju anak anda dengan betul. Haba dari seterika juga dapat pastikan bakteria tak tumbuh dan membiak di bahagian yang susah kering bila dijemur.

3. Membunuh bakteria yang terperangkap dalam serat mikroskopik

Kulit bayi sangat sensitif dan mudah untuk dijangkiti. Jadi, kita haruslah lebih berjaga-jaga untuk lindungi kulit si kecil kita.

Dengan menggosok baju, ia boleh membunuh bakteria yang terperangkap dalam baju yang tak boleh dibunuh oleh sabun pencuci.

Tambahan lagi, mesin basuh juga boleh menyebarkan bakteria dari kotoran yang melekat pada baju kotor.

Bayangkan air kencing, najis dan kesan makanan pada baju anak anda, ini semua tempat bakteria membiak. Agak-agak, bilakah kali terakhir anda bersihkan mesin basuh anda?

4. Membunuh serangga dan organisma lain yang terperangkap dalam baju

Semasa proses membasuh dan lebih-lebih lagi semasa menjemur baju, serangga kecil boleh terperangkap dalam bahagian yang terlipat pada pakaian anak anda.

Tanpa haba, ia boleh tinggal dalam baju dan keluar semasa anak anda menggunakannya. Tanpa anda sedar, bayi anda dah digigit serangga ini dan menyebabkan ruam.

Cara terbaik untuk memastikan perkara ini tak berlaku adalah dengan menggosok baju anak anda. Haba dari seterika boleh membunuh serangga micro yang tidak kelihatan.

Sumber: The Asian Parent Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Wed, 16 Nov 2022

Tunaikan Permintaan, Siti Nurhaliza Buat 44 Kali Tendangan Sempena…

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan permintaan jurulatih peribadi yang menyambut ulang tahun kelahiran.   View this post on Instagram   A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) Menerusi hantaran yang dikongsikan Siti […]

Featured Thu, 18 Oct 2018
Eat Travel Tue, 7 Aug 2018
Featured Fri, 25 Jul 2025

[VIDEO] Qistina Raisah Sebak Terima Bunga Pertama Dari Kekasih, Dedah Pernah Dikecewakan 13 Lelaki

Qistina secara terbuka mendedahkan sebelum ini dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan ramai lelaki.

Featured Wed, 22 Oct 2025

Neelofa Pasang Target Hafal 70 Doa Nabi – “Kita Tak Pernah Lambat Untuk Mula”

Neelofa memaklumkan dia kini dalam proses menghafal beberapa doa yang diamalkan dan diajarkan oleh Nabi.

familuv Mon, 29 Oct 2018

Inilah Resipi Frozen Yogurt Strawberi & Pisang Yang Anda Boleh Buat Dengan Si Kecil

Senang sangat, tapi anda perlulah juga berikan pengawasan.

error: Content is protected !!