Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 3, 2021 @ 8:05pm

“Bukan Tak Mahu, Tapi Athisha & Ameera…” – Tak Pilih Anak Sendiri, Ini Alasan Noor Kartini

Usahawan selebriti, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mengakui tugas sebagai seorang ibu dan menjalankan perniagaan begitu mencabar.

Biarpun terpalit pelbagai kontroversi, ibu kepada Neelofa ini tidak pernah berputus asa dalam mengetengahkan produk makanan mahupun kecantikan yang dianggap sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat masyarakat.

Kini, Kartini mengusahakan jenama produk kecantikan Young & Glow Foundation serta jenama produk makanan, Aunty Tini Kitchen.

Baru sahaja melancarkan penjenamaan semula produk kecantikan miliknya, Kartini tidak memilih anak-anaknya, Athisha Khan dan Ameera Khan sebagai model untuk produk terbabit.

Menurut Kartini, dia lebih memilih dan fokus dengan keutamaan pengguna.

“Bukan tidak mahu, tapi Athisha dan Ameera memang sudah sebati dengan saya. Jadi dimana-mana sahaja mereka akan ada.

“Cumanya, pemilihan model ini adalah berdasarkan warna kulit sesuai dengan produk yang kita lancarkan,” katanya menerusi sidang media di aplikasi maya pada Selasa.

Young & Glow Foundation tampil dengan wajah baru yang lebih sleek. Bedak asas jenis kompak selari dengan trend terkini direka khas dengan mengambil kira fungsi penggunaan yang mudah, selamat, dan bersih.

 

Terdahulu, Kartini mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong mengenai isu daging Harimau Menangis yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN : “Ibu Neelofa Tidak Salah Cuma…”- Raja Permaisuri Agong Komen Isu Daging Harimau Menangis

ARTIKEL BERKAITAN :  Ibu Neelofa Batalkan Permohonan Untuk Trademark Daging Harimau Menangis

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 4 Dec 2022
Drama Tue, 31 Jan 2023
Trending Thu, 21 Jun 2018

Media Prima Sedia Siar Program Debat Calon Presiden UMNO

Tambahnya, saluran TV3 khususnya mengalu-alukan program berkenaan jika diberi kebenaran menyiarkan secara langsung di televisyen, malah bersedia meluaskan siaran langsung di media sosial seperti YouTube.

Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Featured Wed, 6 May 2026

Keadaan Bapa Syatilla Melvin Lemah Akibat Sakit Jantung – “Tolong Doakan Ayah Saya”

Kata Syatilla, bapanya kini dalam keadaan lemah akibat sakit jantung.

Hiburan Thu, 12 Jun 2025
Featured Wed, 13 Sep 2023

Misha Omar Tak Mahu Kongsi ‘Journey’ Rawatan IVF, Mahu Jaga Sensitiviti Pasangan Tiada Zuriat

Concern apa yang orang rasa tu perlu ye.. Love Kak mitch❤️

error: Content is protected !!