Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 21, 2021 @ 2:54pm

“Ibu Neelofa Tidak Salah Cuma…”- Raja Permaisuri Agong Komen Isu Daging Harimau Menangis

Kalau sebelum ini isu daging harimau menangis mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen apabila ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mendakwa, jenama daging Harimau Menangis itu telahpun didaftar sebagai hak eksklusifnya namun, menarik semula permohonan tersebut daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

ARTIKEL BERKAITAN : “Crazy On How Rich People Can Simply Tindas…” – Kontroversi Daging Harimau Menangis Undang Perdebatan Netizen

ARTIKEL BERKAITAN : Ibu Neelofa Batalkan Permohonan Untuk Trademark Daging Harimau Menangis

Justeru itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu hantaran menerusi akaun instagram baginda menjelaskan mengenai bahagian daging lembu yang dipanggil sebagai “Daging Harimau Menangis”.

Sumber : Instagram @airtangan_tunkuazizah

“Noor Kartini TIDAK SALAH cuma…”

Menurut baginda, tindakan Datin Noor Kartini untuk mempatenkan jenama Daging Harimau Menangis itu tidak salah cuma perlu memberikan nama masakan itu.

Sumber : Instagram @airtangan_tunkuazizah

Malah, baginda berharap agar penjelasan ini dapat difahami oleh semua orang termasuklah netizen dan followers baginda.

“Saya harap semua faham dan terima penjelasan saya… mungkin orang muda tidak tahu, tapi kalau tanya orang tua dia tidak salah!Cuma saya nak tahu, tetel tu dari bahagian mana… is it the belly?”

Baginda Permaisuri Agong juga sempat memuat naik menerusi entri berikutnya dengan berkongsi bahagian daging lembu yang dipanggil daging harimau menangis.

Sumber : Instagram @airtangan_tunkuazizah

” pokok nya yg saya nak jelaskan, memang ada bahagian lembu yg di panggil harimau menangis …… saya ingat sama dgn daging tetel… kalau sy salah , minta maaf …. “ tulis baginda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Sat, 15 Nov 2025

Aura AADC Kembali! ‘Rangga & Cinta’ Hidupkan Semula Suasana Cinta Era 2000-an

Rangga & Cinta memberi ruang kepada emosi, dialog dan kejujuran watak untuk menonjol

Featured Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] “Pelbagai Dugaan Dilalui, Akhirnya Rapuh” – Sentuh Perasaan! Neelofa Menangis Ketika Perjanjian Dibaca Oleh…

Alahai, terlalu banyak kecaman & pelbagai isu dibangkitkan mengenai inai NunHa 🥲🥲 Sayu pulaa 🥲

Trending Fri, 6 Nov 2020
Trending Thu, 13 Aug 2020
Trending Thu, 24 Sep 2020
Hiburan Sat, 30 Aug 2025
error: Content is protected !!