Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 12, 2025 @ 2:07pm

Memperkasa Pengembara Muslim… My Resipi, Sirap Limau, VOCKET & Waktu Solat Malaysia Pacu Tenaga Lancar Kempen ‘Halal Travel’

Peneraju kandungan digital tempatan, REV Media Group, melancarkan kempen “Halal Travel” yang bertujuan untuk memberi inspirasi dan memperkasakan komuniti pengembara Muslim di seluruh dunia menerusi panduan perjalanan yang praktikal dan patuh syariah.

Kempen yang bermula Mei hingga Disember 2025 ini digerakkan oleh empat platform utama di bawah REV Media Group iaitu My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia yang masing-masing membawa kepakaran tersendiri bagi membentuk satu ekosistem perjalanan inklusif untuk Muslim moden.

“Mengembara adalah sesuatu yang sangat digalakkan dalam Islam, namun pengembara Muslim sering menghadapi cabaran untuk mendapatkan makanan halal, ruang solat atau pengalaman yang menghormati budaya.

“Melalui Halal Travel, kami ingin merapatkan jurang itu dan memudahkan umat Islam menjelajah dunia dengan yakin dan tenang,” kata Muhamad Shaifullah Tayep, Penulis Kanan Kandungan Tajaan di REV Media Group.

Peranan Setiap Platform

Kempen ini menyatukan kekuatan unik keempat-empat platform untuk memenuhi pelbagai keperluan pengembara Muslim.

  • My Resipi mengetengahkan panduan makanan halal serta resipi DIY bagi mereka yang ingin memasak sendiri semasa mengembara.

  • Sirap Limau memberi fokus kepada percutian keluarga dengan cadangan destinasi mesra kanak-kanak dan petua berguna buat ibu bapa Muslim.

  • VOCKET pula menyasarkan pengembara solo dan bajet dengan perkongsian laluan murah, lokasi tersembunyi serta makanan jalanan halal.

  • Waktu Solat Malaysia melengkapi kesemua platform ini dengan keperluan spiritual seperti waktu solat dan arah kiblat masa nyata.

Gabungan ini membentuk panduan digital yang menyeluruh dari aspek keperluan agama, budaya dan praktikal, sejajar dengan gaya hidup Muslim yang aktif dan global.

Fokus Kepada Pengalaman Mesra Muslim

REV Media Group melihat kempen ini sebagai langkah penting dalam menangani kekurangan sumber perjalanan yang sesuai dengan nilai dan gaya hidup pengembara Muslim, terutamanya dalam aspek pematuhan halal, kemudahan beribadah dan kepekaan budaya.

“Halal Travel bukan sekadar tentang makanan, ia tentang rasa dihormati dan selesa di tempat asing,” tambah Shaifullah.

Antara kandungan utama kempen termasuk panduan restoran halal, lokasi solat, arah kiblat, serta saranan aktiviti dan lawatan yang tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Selain itu, Halal Travel turut menyediakan tip keselamatan, maklumat pengangkutan awam serta panduan ketika di lapangan terbang.

Pusat Sehenti Digital

Sebagai pusat rujukan utama, laman mikro khas di www.myresipi.com/halaltravelmy disediakan untuk membantu pengguna merancang perjalanan mereka. Laman ini dibahagikan kepada tiga segmen – makanan, tip perjalanan dan aktiviti – yang merangkumi segalanya daripada senarai makanan halal hingga panduan budaya dan lokasi ibadah.

Turut disediakan ialah alat digital seperti penentu arah kiblat dan waktu solat masa nyata, hasil kerjasama dengan Waktu Solat Malaysia, menjadikan laman ini bukan sekadar platform inspirasi, malah rujukan praktikal yang komprehensif.

“Kandungan ini bukan sekadar untuk inspirasi, ia adalah rujukan praktikal yang menyokong setiap peringkat pengalaman perjalanan Muslim,” tegas Shaifullah.

Pelaksanaan Mengikut Fasa

Kempen ini dirancang dalam tiga fasa mengikut tema berbeza:

  • Fasa 1 (Mei–Jun 2025): Fokus kepada perjalanan bajet, khas untuk mereka yang ingin menjimatkan perbelanjaan.

  • Fasa 2 (Julai–September 2025): Menampilkan percutian berasaskan kesihatan dan spiritual, termasuk perjalanan rohani dan terapi jiwa.

  • Fasa 3 (Oktober–Disember 2025): Menyasarkan percutian keluarga sempena musim cuti sekolah, dengan pilihan destinasi sesuai untuk semua peringkat umur.

Kempen Halal Travel bukan sekadar inisiatif pemasaran, tetapi satu gerakan untuk menjadikan pengalaman melancong lebih mesra Muslim, inklusif dan bermakna.

Maklumat lanjut serta panduan perjalanan boleh diakses melalui laman rasmi www.myresipi.com/halaltravelmy, atau dengan mengikuti My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Jul 2025

[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Kahwin Sekufu, Syed Saddiq ‘Blushing’ Disoal Bakal Isteri Ada Keturunan Sharifah Atau Tidak?

UAI sekaligus menjelaskan mengenai konsep sekufu yang jarang diberi perhatian dalam bab perkahwinan.

Featured Tue, 14 Jan 2025

Nurul Zahid Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UPM

Nurul Hidayah dilantik mewakili komposisi berpengetahuan dan berpengalaman.

Featured Thu, 8 Jun 2023

“Kami Berdua Panas Orangnya” – Awal Ashaari & Scha Alyahya Selalu Gaduh?

Love sangat couple ni tau! Moga terus bahagia💖💖💖

Hiburan Thu, 19 Feb 2026

“Wow Jahat!” – Fazura Bengang Individu ‘Petik’ Nama, Tegur Jangan Libatkan Anak Que Haidar

Netizen puji wajah anak perempuan pelakon, Que Haidar yang dikatakan sekali pandang seiras Fazura

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

李欣怡跨界当编剧!导演陈立谦对其创作甚感满意

李欣怡跨界当编剧,创作网剧《很红又怎样》!剧本让导演陈立谦大赞且十分满意~

Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Banyak Hutang Punca Vanessa Angel Terlibat Aktiviti Pelacuran

Vanessa Angel ditangkap di sebuah hotel di Surabaya pada awal bulan ini kerana dipercayai melacurkan diri dengan bayaran Rp25 juta (RM7,238) dan Rp80 juta (RM23,164).

error: Content is protected !!