Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi December 11, 2024 @ 6:49pm

Hospital Bersalin Razif Tampil Dedah Kisah Sebenar Isu Jenazah Bayi Dibekukan 16 Hari

Pihak Hospital Bersalin Razif (HBR) tampil bersuara berhubung isu jenazah bayi yang disimpan atau ‘dibekukan’ dalam peti sejuk selama 16 hari gara-gara si bapa tidak mampu menjelaskan bil hospital.

Menerusi sebuah kenyataan dimuat naik di Facebook miliknya, pihak HBR menjelaskan mereka menerima kedatangan wanita tersebut atas dasar kemanusiaan walaupun dia tidak mendaftar bagi tujuan kelahiran.

“Pesakit ini datang ke HBR dalam keadaan menahan kesakitan. Dia tak pernah menjalani sebarang pemeriksaan antenatal sepanjang kehamilannya dan hanya memantau kehamilannya menerusi aplikasi di telefon.

“Dia dibawa ke hospital oleh ‘suaminya’ (kemudiannya mengaku tidak berkahwin). Pesakit dibawa ke bilik bersalin dan melahirkan bayi hampir serta-merta dan bayi tersebut didiagnosis dengan sindrom Cyclops, iaitu dengan satu mata, tiada hidung dan tiada dubur,” jelasnya.

Susulan itu, pihak hospital menjelaskan mereka telah mengeluarkan permit bagi menguruskan proses pengebumian, serta wanita itu dibenarkan untuk discaj namun dia memaklumkan tiada wang untuk menjelaskan bil.

“Permit pengebumian ditandangani dan doktor memaklumkan kepada si suami untuk menguruskan pengebumian pada hari berikutnya. Suami tersebut kemudian meninggalkan hospital dengan alsan perlu ke tempat lain.

“Pesakit berada dalam keadaan baik dan dibenarkan pulang keesokan harinya. Namun pada hari tersebut, dia memaklumkan tidak mampu untuk bayar bil sebanyak RM2,480. Dia berkata suaminya akan menguruskan pengebumian, jadi pihak HBR menunggu kehadiran suami,” katanya.

“Beberapa usaha untuk berbincang dengan ‘suami’ berkenaan pengebumian gagal, dan HBR turut cuba mendapatkan maklumat mengenai keluarga pesakit, tetapi pesakit enggan memberikan sebarang kontak.

“Pesakit mendakwa bahawa beliau tinggal di sebuah bilik sewa bersama ‘suaminya’ dan tidak mempunyai saudara-mara atau rakan-rakan di kawasan tersebut.

“Pihak pengurusan HBR telah berbincang dengan pesakit mengenai bantuan pihak polis untuk menyelesaikan isu pengebumian, tetapi pesakit memohon agar pihak polis tidak dilibatkan dan terus mendakwa bahawa semua keputusan harus dibuat oleh ‘suaminya’,” katanya.

Terdahulu, Pengasas Unit Khas Van Jenzah *UKVJ) iaitu Mr Wan Chai memaklumkan berita menyayat hati mengenai jenazah bayi lelaki yang telah dibebukan dan ditahan selama 16 jam di kerana ibu bapanya tidak mampu membayar kos kelahiran di hospital swasta.

Artikel Berkaitan:Jenazah Anak Beku 16 Hari, Bapa Tak Cukup Duit Bayar Hospital Swasta Tampil Dedah Kronologi – “Doktor Itu Hina Isteri Saya Lahirkan Anak Cacat…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Dayangku Intan Beri Inspirasi Buat Golongan Wanita

Semoga Dayangku Intan dan Suami berada dalam keadaan sihat seperti sediakala

Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Trending Sat, 13 Feb 2021

“Banyak Dugaan Sebelum…” – Dikompaun Kerana Langgar SOP, Ini Penjelasan Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dia dan suami, pelawak Shuib menempuhi pelbagai dugaan sebelum sampai ke Kelantan. Berada di sana untuk tujuan pembukaan dua cawangan Bubble Bee di Kota Bharu dan Kubang Kerian, staf mereka terlibat […]

Featured Mon, 9 May 2022
Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Featured Sun, 14 Nov 2021

Janna Nick Bintang Paling Popular, Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 34

Anugerah Bintang Popular (ABPBH ke-34) yang bertemakan ‘Kita Bersama’ malam ini berlangsung dengan meriah menerusi siaran langsung di TV3. Mempertandingkan sebanyak 14 kategori utama dan 4 kategori online, keputusan disampaikan oleh barisan pelakon, personaliti media […]

Hiburan Tue, 8 Apr 2025
error: Content is protected !!