Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 23, 2025 @ 7:45pm

Nabila Berkhidmat Sebagai Pramugari Singapore Airlines, Kak KM Sayu Lepaskan Anak Berhijrah – “Rasa Macam Putus Nyawa” 

“Rasa macam putus nyawa…” Itu luahan hati penuh emosi usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM apabila anak sulungnya, Nabila Razman, bakal berhijrah ke Singapura untuk bertugas sebagai pramugari Singapore Airlines.

Menerusi video siaran langsung, Kak KM berkata dia berasa berat hati untuk berpisah dengan anak tersayang apatah lagi ini kali pertama mereka berjauhan jauh selepas Nabila diterima bekerja di negara republik itu..

“Nabila bakal tinggal di Singapura sepenuhnya. Masa dia belajar di Universiti Malaya pun saya dah menangis dua minggu sebab berjauhan walaupun dekat je dari rumah. Sekarang, dia kena tinggalkan negara pula.

“Kami memang tak biasa berjauhan, tapi demi masa depan dia, saya reda. Harap Tuhan beri saya kekuatan untuk hadapi perpisahan ini,” luahnya

Lebih menyentuh perasaan, Kak KM berkata tidak menolak kemungkinan membeli rumah di sana andai dikurniakan rezeki lebih supaya dapat selalu melepaskan rindu terhadap anaknya.

“Kalau dulu cuti sehari pun dia balik rumah. Lepas ni belum tentu seminggu pun dapat jumpa. Mungkin saya akan banyak habiskan masa di Singapura nanti. Kalau ada lebih rezeki, beli rumah sana pun saya pertimbangkan,” katanya.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, Nabila akan berkhidmat bersama Singapore Airlines selama lima tahun setelah menerima tawaran kerja selepas melalui dua temu dega bersama syarikat penerbangan berbeza.

“Nabila sebenarnya pergi dua temu duga, satu dengan Singapore Airlines dan satu lagi dengan Emirates. Tapi dia pilih Singapore dan 22 Jun ini kami akan hantar dia ke sana. Harap segalanya berjalan lancar.

“Sebagai ibu, memang berat nak lepaskan. Saya rasa macam hilang jiwa bila anak tiada depan mata walaupun saya tahu dia pergi demi tanggungjawab kerja,” katanya sayu.

Dalam masa sama, Kak KM turut menitipkan nasihat kepada pengikutnya agar sentiasa menghargai ibu bapa.

“Kalau nak hidup berkat dan murah rezeki, jangan kedekut dengan mak ayah. Tuhan takkan miskinkan kita sebab beri pada orang tua. Rezeki tu Tuhan ganti dengan cara yang tak dijangka,” katanya.

Sumber: YoutTube Selebriti Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Oct 2025

Luna Maya Pilih Hamil Tahun Depan – “Sekarang Ini Nak Ada Anak Mahal Jadi Kena Menabung Dulu”

Luna mahu memastikan dirinya benar-benar bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi sebelum bergelar ibu.

Events Wed, 15 Jan 2020

Ayie Floor 88 Rebah Ketika Buat Persembahan?

Semoga cepat sembuh ye Ayie!

Featured Thu, 23 Dec 2021

Sebak… Kereta Hasil Titik Peluh 7 Tahun Dihanyutkan Banjir, Wanita Ini Reda Baru 3 Bulan Sempat Pakai

Banjir yang melanda negara tahun ini adalah antara banjir yang terburuk dan telah meragut kehilangan nyawa serta harta benda. Nuarjan Sulaiman, 36, seorang penduduk di Hulu Selangor terpaksa menanggung kekecewaan dengan apa yang terjadi setelah […]

Hiburan Sun, 18 Jun 2023
Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Featured Mon, 8 Mar 2021
error: Content is protected !!