Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 3, 2023 @ 1:30pm

Rita Nadira Menangis, Akui Watak Salina Dalam Saat Hilang Cintamu Kejam!

Pelakon dan model,  Rita Nadira, 26, mengaku sebak sebaik sahaja membaca skrip telemovie Saat Hilang Cintamu bergandingan bersama pelakon versatile, Zamarul Hisham.

Rita berkata, sebaik sahaja membaca skrip cerita tersebut dia menangis dan tersentuh dengan jalan cerita telemovie berkenaan.

Malah, mengaku watak Salina yang dilakonkannya itu sangat jahat dan kejam.

“Alhamdulillah, orang terima cerita tersebut. Bila telefilem itu ditayangkan, ramai yang luahkan mereka alami kisah yang sama dalam kehidupan realiti.

“Waktu saya baca skrip, memang sangat-sangat ‘best’. Selesai baca, memang selepas itu, saya menangis. Jahatnya karakter Salina.

“Saya sendiri terfikir, ‘jahatnya, kenapa dia buat suami dia begitu’. Sebab suami Salina sangat baik,”katanya.

Dalam pada itu, aktres ini menjelaskan selesa membawakan watak antagonis memandangkan dia sedikit kekok  dan mengambil masa untuk melakonkan watak baik yang memerlukannya mengeluarkan air mata.

“Saya selesa membawakan watak antagonis sebab memang dari dulu, saya dikenali dengan jenis watak tersebut.

“Jadi, bila saya nak bawa watak baik, kekok sikit. Ambil masa sebenarnya. Watak air mata bukan jiwa saya sebenarnya.

“Watak Salina dalam Saat Hilang Cintamu, pada mulanya, dia memang baik. Tiada apa-apa masalah dengan suami (Razil) yang dijayakan Zamarul Hisham.

“Sepatutnya Salina jadi ‘baik sikit’. Dia minta cerai sebab kasihankan suami. Kalau ikut skrip begitu jadinya. Apapun, saya sendiri tak sangka cerita ini meletup sampai jadi viral dalam TikTok,” jelasnya.

Untuk rekod, telemovie Saat Hilang Cintamu yang disiarkan di TV3 menerusi slot cerekaraman baru-baru ini tular apabila sering dikongsikan di laman TikTok.

Malah, yang paling menyayat hati apabila telemovie ini juga adalah adaptasi dari kisah benar tentang seorang lelaki tua berusia 70 tahun yang menetap di Perlis dan begitu setia terhadap isterinya sehingga kini.

@anne.zizan #saathilangcintamu #videofypom/tag/zamarulhisyam?refer=embed”>#zamarulhisyam#suamisetia #setiaseoranglelaki #dramaviral ♬ Semakin – Siti Sarah

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Dikecam Nyanyi Tak Sedap, Nazim Minta Tolong Mentor Ernie Zakri

Kalau dah minat, teruskan je lah. Pedulikan tanggapan negatif orang lain!

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Ini Bukan Lelaki, Ini Binatang!” – Sarimah Ibrahim Berang Kes Wanita Hamil Anak Kembar Teruk Dipukul Suami

Sarimah dengan tegas mengkritik perbuatan tersebut yang disifatkannya sebagai langsung tidak berperikemanusiaan.

Hiburan Wed, 10 Jul 2019
Featured Thu, 20 Oct 2022

“12 Tahun Bersama Jatuh Bangun, Suka Duka Dan Struggle Dalam Perniagaan” – Diyla Titip Ucapan Terima Kasih Untuk DSV

Bagi peminat yang selalu mengikuti perkembangan Datuk Seri Vida, pasti sudah mengenali sosok tubuh seorang wanita yang sering dilihat bersamanya. Wanita yang dimaksudkan itu adalah bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Diyla. Namun, baru-baru ini […]

error: Content is protected !!