Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana March 28, 2023 @ 4:24pm

[VIDEO] Zamarul Hisham Kongsi Pengalaman Pertama Kali Mendapat Tawaran Berlakon – “Dia Koyakkan Cek Tersebut & Berikan….”

Aktor berbakat, Zamarul Hisham berkongsi pengalaman pertama kali mendapat tawaran lakonan ketika bersiaran melalui ‘live’ di TikTok, baru baru ini.

Menurut suami kepada Diana Rafar ini, pada awalnya dia bekerja di syarikat periklanan dan dalam masa yang sama, Zamarul merupakan seorang model sambilan.

@zamarulhisham07 macam mana boleh jadi pelakon #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #foryourpage #masukberanda #masukberandafyp #masukfyp #zamarulhisyam #dianarafar ♬ original sound – Zamarul Hisham

“Sebelum berlakon saya kerja advertising sebagai junior director dan saya buat part time model buat komersial iklan.

“Ada seorang kawan saya, dia nak suruh audition, so kita pergi sama-sama. Saya bawa dia, so dia masuk dalam bilik audition, jadi saya duduk dekat luar.

“Tengah rileks tunggu dia audition, tiba-tiba ada seorang lelaki bernama Mr Ho, dia datang dan menegur muka saya familiar dan bertanya saya mahu jadi pelakon atau tidak,” dedah Zamarul.

Tambah pelakon telefilem Saat Hilang Cintamu ini, dia menerima tawaran terbabit dan diberikan gaji lumayan pada ketika itu.

“Saya cakap saya mahu dan dia terus memberi saya skrip untuk 10 episod. Tajuk drama pertama saya ialah ‘Melewati Batas Waktu’ pada tahun 1994, kalau tidak silap saya.

“Apa yang seronoknya, dia terus beri saya cek sebanyak RM2,500, tetapi saya cakap dengan dia, saya tak pernah jadi pelakon, gaji saya pun baru RM1,200 dan saya mahu dia test saya berlakon dahulu.

“Selepas itu, Mr Ho koyakkan cek tersebut dan memberikan cek baharu yang bernilai RM3,500. Sejak itu, saya terus berhenti kerja dan bermulalah kerjaya sebagai seorang pelakon,” ceritanya.

Potongan video tersebut dimuat naik oleh peminatnya di TikTok dan ia mendapat perhatian netizen yang menggemari kualiti lakonan Zamarul.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 27 Nov 2019
Featured Sun, 9 Jul 2023

Wany Hasrita Selamat Melahirkan ‘Baby Girl’ Secara Normal

Awww…. Tahniah Wany & Suami atas kelahiran anak sulung mereka🥰

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Kisah Viral Sat, 5 Nov 2022

Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

Suami kepada penyanyi veteran Salamiah Hassan, Gerry Hughes disahkan meninggal dunia pagi semalam. Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh anak penyanyi itu, Atilia Haron yang juga merupakan seorang selebriti. Memetik laporan Harian Metro, Atilia memaklumkan […]

Hiburan Sun, 23 Dec 2018

‘Cepat Pulang, Sayang…’ Posting Vokalis Seventeen Buat Netizen Sebak

Hantaran itu mengundang simpati sebilangan besar pengikut Ifan di Instagram yang menitipkan pesan agar terus tabah dengan ujian berat ini. 

Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Hiburan Wed, 18 Mar 2020
Featured Sun, 29 May 2022
Events Fri, 9 Nov 2018

林绿入戏太深拍摄现场「强吻」庄可比!

林绿入戏太深拍摄《我的非一般岳母》现场「强吻」庄可比!

error: Content is protected !!