Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain December 13, 2023 @ 7:11pm

Baru Sahaja Pulih Selepas Dijangkiti Covid-19 Kali Kedua, Siti Nurhaliza Bimbang Peti Suara Terkesan

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan dirinya telah dijangkiti COVID-19 buat kali kedua, baru-baru ini

Menurut Siti, dia bimbang jangkitan COVID-19 itu memberi kesan kepada peti suaranya yang kini semakin memulih.

“Alhamdulillah, suara saya semakin pulih. Kalau saya menyanyikan lagu-lagu lama tu bunyinya lebih ringan.

“Ini memang proses yang lama sangat, saya rasa ada lebih setahun.

“Tapi, sebenarnya saya baru sahaja pulih daripada COVID-19, baru-baru ini dan ini baru saja habis kuarantin.

“Alhamdulillah, setakat ni tak ada apa cuma batuk sahaja. Sebab tu sekarang bila kes makin meningkat tu saya lebih berhati-hati,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Siti ketika ditemui di Majlis Ukhwah dan Apresiasi Yayasan Nurjiwa Serta Pelancaran Tabung Sedekah Subuh di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah Siti, dia hanya mengambil masa selama tiga hari sahaja untuk bebas dari jangkitan tersebut dengan bantuan ubat-ubatan sampingan.

“Selepas saya tahu saya kena hari tu pun saya terus ambil vitamin, antibiotik dan habis kuarantin dalam masa tiga hari sahaja.

“Bohonglah saya tak risau sebab kita menggunakan aset suara. Jadi, bila batuk berkahak itu memang sesuatu yang sangat mengganggu saya.

“Pada awalnya saya rasa sakit badan sangat, demam dan ini batuk. Harap cepat sihatlah dan tak ganggu peti suara saya,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Dec 2017

吉祥物“GoGo”可爱到爆!迎接2018狗年的到来

继往年的吉祥物“威力羊”、“满吉”、“發仔”,广受大众喜爱与好评,首要媒体集团在即将到来的2018戊戌狗年也设计了吉祥物——“GoGo”,并以《GoGo旺得福》为主题的新春活动和同名贺岁专辑。

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Sebak…Kehilangan Pak Ngah Beri Impak Besar Buat Siti Nurhaliza

Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri.

Hiburan Fri, 18 Jul 2025
Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Gandingan Mantap Henry Golding Dan Emilia Clarke Dalam…

Selepas Crazy Rich Asian, beliau sekali lagi akan bergadingan dengan watak utama drama bersiri Games Of Thrones

Trending Sat, 24 Mar 2018

Akhirnya…Datin Dera Amah Setuju Ke Mahkamah

“Jangan tanya bila dia akan hadir di mahkamah. Harap ia akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya kepada akhbar itu.

error: Content is protected !!