Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 2, 2023 @ 3:08pm

Penampilan Terkini Fiza Halim Mengejutkan Ramai! Netizen Harap Kekal Istiqamah – “Semakin Seksi Nampak Bentuk Dada, Tudung Gaya Nak ‘Terbang’”

Heboh di ruangan media sosial berhubung penampilan terkini, penyanyi dan pelakon Fiza Halim yang dikatakan seakan mencolok mata meskipun bertudung.

Menerusi hantaran di Instagram, Fiza berkongsi sebuah foto bersama rakannya, namun apa yang menarik perhatian ramai adalah gaya tudungnya yang terdedah dibahagian leher.

Bukan itu sahaja, berdasarkan foto tersebut juga, Fiza memakai baju lengan panjang yang dilihat terlampau ketat sehingga menunjukkan ‘aset’nya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen memohon Fiza untuk kekal istiqamah dalam menjaga penampilannya sebagai seorang wanita bertudung.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 41, bagaimanapun dilihat telah memadam semua komen yang mengkritik tentang penampilannya.

Terdahulu, Fiza pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali.

Pada 2010, Fiza berkahwin dengan bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.

Perkahwinan kedua Fiza pula adalah dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, manakala perkahwinan ketiganya pula adalah bersama juruterbang, Aizat Al Jefri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Mar 2026

“Diam Tak Bermakna Saya Boleh Dibuli, Kita Ada Undang-Undang” – Pernah Digelar S*ndal, Amira Othman Kesal Buli Siber Makin Melampau

Amira mengakui dia tidak terlalu mengambil tahu apa yang diperkatakan di platform Threads

Trending Fri, 5 Jul 2019
Hiburan Wed, 21 Jan 2026
Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Ernie Zakri Guna Pengaruh Sebagai Selebriti Promosikan Tahun Melawat Malaysia

Ernie Zakri percaya penglibatan dan sokongan golongan artis dalam menyemarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 adalah peluang besar bagi mempromosikan keunikan negara.

Featured Fri, 26 May 2023
Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Hiburan Wed, 7 Mar 2018

四叶草出道4年首场演唱会 负伤上阵显敬业

凭着开朗清新的形象,加上甜美声线的“大马国民女神”Joyce四叶草(朱主爱)出道4年,上周在澳门完成了个人首场演唱会;早前因拍戏扭伤脚的四叶草,敬业的她在看过医生后仍落力演出,演唱不同曲风歌曲,让粉丝见证了她的成长。

error: Content is protected !!