Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 10, 2026 @ 2:55pm

“Diam Tak Bermakna Saya Boleh Dibuli, Kita Ada Undang-Undang” – Pernah Digelar S*ndal, Amira Othman Kesal Buli Siber Makin Melampau

Penyanyi, Amira Othman mendedahkan dirinya menjadi sasaran kata-kata kesat netizen termasuk dipanggil ‘sundal’ dan ‘bodoh’ ketika melakukan siaran langsung di media sosial.

Menurut Amira atau nama lengkapnya, Nadia Amira Othman, 32, serangan tersebut bukan perkara baharu kerana haters sering meninggalkan komen melampau setiap kali dia bersiaran secara langsung.

“Bukan pertama kali mereka serang di live. Macam-macam perkataan mereka cakap… ‘sundal’ ada, ‘bodoh’ ada. Macam-macam lah, nak sebut pun tak tergamak,” katanya.

Bagaimanapun, Amira menjelaskan tindakannya sebelum ini yang dilihat seperti ‘menghalau’ haters ketika siaran langsung sebenarnya sekadar gurauan dan bukan kerana terlalu marah.

“Waktu live itu saya bergurau saja, tak ada pun sampai limit,” katanya.

Dalam masa sama, Amira mengakui dia tidak terlalu mengambil tahu apa yang diperkatakan di platform Threads kerana menganggap ruang itu terlalu toksik.

“Memang saya tak ambil tahu sangat apa yang berlaku di Threads sebab saya rasa ia sangat toksik. Tapi ada juga peminat yang hantar semula komen itu kepada saya,” katanya.

Menurutnya lagi, dia memilih untuk tidak melayan perkara negatif kerana bimbang ia hanya memberi tekanan kepada dirinya.

“Saya tak nak beri perhatian kepada perkara negatif sebab hanya akan ‘drain’ kepala. Saya ada banyak lagi benda nak buat,” katanya.

Isteri kepada aktor, Fattah Amin ini juga menegaskan sikapnya yang berdiam diri tidak bermakna dia boleh dibuli sesuka hati oleh netizen.

“Buli siber ini dah melampau. Tak semestinya saya diam saya boleh dibuli walaupun guna akaun palsu.

“Walaupun public figure, saya pun manusia. Saya tak boleh kawal orang yang tak suka saya, tapi kalau boleh berpada-padalah sebab kita pun ada keturunan.

“Nak tegur, tegur dalam keadaan paling berakhlak. Saya manusia biasa, pasti buat salah dan silap,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Sep 2022
Featured Fri, 17 Mar 2023

Terkesan Dengan Isu Buli, Eyra Hazali Dedah Pernah Jadi Mangsa – “Kunci Diri Dalam Bilik 2 Minggu… Sesak Nafas”

Allahuuu, kesiannya 😭😭 Pembuli memang tak akan pernah faham perasaan mangsa ya!

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Indah Ruhailah Makin Teliti Cari Lagu?

Peminat Indah Ruhailah, jangan risau Indah masih aktif menyanyi okay!

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

Anuar Zain Teringin Nak Kurus?

Siapa kat sini minat abang Nuar kita, jangan lupa tunggu lagu terbaru daripada beliau okay

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

“Kalau Dah Bantu Secara Peribadi, Tak Payah Share, Cukup Sekadar….” – Ajak

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro berpendapat bantuan secara peribadi yang dihulurkan kepada mereka yang tidak berkemampuan tidak perlu dihebahkan. Mengulas mengenai peranan selebriti untuk membantu golongan yang dilanda kesusahan tatkala pandemik ini, Ajak lebih […]

error: Content is protected !!