Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 14, 2024 @ 2:47pm

[VIDEO] Shikin Maembong Kecewa Netizen Tak Sensitif Tanya Pasal ‘Buat’ Muka – “Kalau Buat Tak Ada Kekurangan”

Kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang tidak sensitif dalam bertanya.

Menerusi hantarannya di TikTok, seorang individu mendakwa isteri kepada penyanyi Cat Farish ini mengubah wajahnya.

“Sis buat muka ke? Tanya je jangan marah,” soal individu tersebut.

Menjawab pertanyaan individu itu, Shikin cuba mengawal diri untuk kekal tenang dan menyifatkan pertanyaan individu tersebut tidak beradab.

“Soalan tu macam tak sesuai sebab kalau saya buat muka takkanlah ada kekurangan.

“Kalau nak tanya dengan lebih beradab cuba DM tanya saya kenapa, bukan tanya macam ni.

“Saya tak marah pun, daripada tanya macam ni, pergi ke TikTok saya dan sis akan jumpa jawapan kenapa muka saya macam ni,” jelasnya.

@cekopis.hq Replying to @SZ Kan kaklong @coddy_maembong da marah 😏 sejenis orang jual cekopis dia tanye muke .. 😣 #catfarish #cekopisbyshikinmaembongdancatfarish #cekopis #cekopisbyshikinmaembong #birthdaygift #farewellgift #giveaway #freesatukotak #valentinedaygift #birthday #surprisegift #hariguru #shikinmaembong #shikinmaembong #viral #fypシ #fyp #popiacekodokpisang #popiapisang #farishikin #anniversarygift ♬ original sound – CEKOPIS.HQ

Dalam masa sama, kelihatan kelibat kakak kepada Shikin yang berang dengan soalan netizen itu.

“Itu kakak saya, semestinya dia emo sebab ramai yang mengata muka saya. Semestinya saya sedih tapi saya tak tunjuk kat orang nangis depan family saya je,” katanya.

Untuk info, Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur’Ashikin Ismail mengalami masalah saraf yang menyerang bahagian wajahnya yang dikenali sebagai Bell’s Palsy sejak 12 tahun yang lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Tahniah! Soo Wincci Genggam Ijazah Sarjana Kedua

Tahniah diucapkan kepada Dr Soo Wincci di atas kejayaan yang baru sahaja diraih…

Hiburan Mon, 3 Feb 2025
Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Kerana Peluk Roberto Carlos Tiz Zaqyah Dikritik

Kerana sekeping gambar yang di upload , lagenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos terkena tempias!! Artis mana kah yang dimaksudkan itu

Featured Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Hiburan Tue, 6 Aug 2024
Featured Mon, 17 Apr 2023
error: Content is protected !!