Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops July 30, 2018 @ 7:03pm

Ini Respon Amelia Henderson Kepada ‘Makcik Bawang’

Pelakon cantik jelita, Amelia Henderson mula mencipta nama dalam industri lakonan dan semakin dikenali ramai selepas muncul dalam drama Pengantin 100 Hari dan Jangan Benci Cintaku. 

Kalau diingatkan semula, Amelia seringkali terpapar di kaca televisyen untuk pelbagai iklan sewaktu zaman kanak-kanak. Siapa sangka kan budak perempuan yang dahulunya masih mentah menjadi semakin menawan dan berbakat apabila meningkat dewasa.

Semua sedia maklum wanita yang berkacukan India Scotland ini sudah berkahwin dengan seorang kerabat diraja, Tunku Harunnarasheed Putra. Bagaimanapun, ada khabar angin mengatakan rumah tangga mereka sedang goyah, malah sudah bercerai. 

Status perkahwinan Amelia mula menjadi tanda tanya dan semakin menjadi perhatian kerana beliau tidak pernah berkongsi tentang hal rumah tangga selain mengenai kariernya.

Baru-baru ini, muncul seorang pengguna Twitter memuat naik kenyataan mendakwa suami pelakon jelita itu sedang hangat bercinta dengan gadis lain. Hal ini menyebabkan netizen mula menjadi ‘makcik bawang’ yang kononnya ingin merungkai persoalan  tentang status perkahwinan Amelia.

Jika benar sekalipun Harun mempunyai skandal, rata-rata netizen berpendapat Amelia berhak mendapat seseorang yang lebih baik, kelak.

Meskipun pelbagai spekulasi dilontarkan, Amelia muncul menerusi laman Twitter dengan menjelaskan mereka berpisah secara baik dan tidak wujud isu orang ketiga. Malah, beliau masih lagi berkawan baik dengan bekas suaminya itu dan kini sangat bahagia dengan kehidupan masing-masing. Amelia pada masa yang sama meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja.

 

Nampaknya, segala persoalan ‘makcik-makcik bawang’ sudah terjawab. Tak ada salahnya jika kita mendoakan yang terbaik untuk mereka. Lagipun, mereka berdua sudah redha dengan apa yang terjadi. Jangan lah cepat melatah sangat wahai netizen, rilek je okay..

Anda juga boleh menonton semula episod lepas drama Pengantin 100 Hari dengan hanya layari kami di Tonton! 

Ditulis oleh: Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Kisah Viral Tue, 25 Jun 2024

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris Teruk Dikritik, Ini Jawapan MOM 

Ramai yang kurang senang dengan rekaan pakaian edisi kali ini

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

PESONA 4 GAUN PERKAHWINAN SELEBRITI YANG MENJADI BUALAN

Antara wedding dress yang menjadi perhatian para wartawan dan tetamu yang hadir. Nak tahu wedding dress tersebut milik siapa?

Featured Thu, 12 Jun 2025

Jefri Nichol ‘Tolak’ Tawaran Berlakon Adegan Panas Demi Ameera Khan? – “Dia Kata Lebih Bagus Jangan”

Jefri kini tidak mahu terlibat membawakan adegan dewasa bersama pelakon wanita lain di set penggambaran.

Featured Wed, 24 May 2023
error: Content is protected !!