Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 18, 2022 @ 7:01pm

Kes Basikal Lajak: Sam Ke Ting Mohon Orang Ramai Henti Timbulkan Isu Perkauman & Tidak Pertikaikan Sistem Perundangan Negara

Wanita yang disabitkan kesalahan memandu secara melulu sehingga mengorbankan nyawa lapan remaja menaiki basikal lajak, Sam Ke Ting menyeru kepada orang ramai untuk tidak menimbulkan isu perkauman dalam kes berkenaan.

Sebaliknya, Ke Ting memohon agar kes tersebut dilihat sebagai isu sejagat.

Memetik laporan Berita Harian, peguam yang mewakili Ke Ting, Muhammad Faizal Mokhtar memaklumkan anak guamnya acap kali meluahkan rasa simpati yang menimpa keluarga mangsa atas kehilangan ahli keluarga mereka ketika memberi keterangan tidak bersumpah di Mahkamah Tinggi.

“Bagi tertuduh, beliau adalah rakyat yang patuh kepada undang-undang dan percaya dengan kedaulatan undang-undang serta akur dengan sebarang keputusan mahkamah.

“Tertuduh memahami ia membabitkan nilai nyawa manusia dan kes ini bertembung dengan isu kebebasan seseorang tertuduh selagi dia tidak dibuktikan bersalah.

“Jadi, dua isu ini yang diperjuangkan oleh saya iaitu selagi tidak dibuktikan bersalah, maka dia tidak boleh dipenjarakan, dan pada masa sama timbalan pendakwa raya memperjuangkan mengenai nilai manusia,” katanya ketika ditemui selepas prosiding, hari ini.

Tambah peguam Muhammad Faizal memberitahu anak guamnnya itu turut kecewa apabila ada segelintir pihak yang bertindak untuk menyalahkan sistem kehakiman berkaitan keputusan Mahkamah Majistret Johor sebelum ini yang melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan.

Menurutnya, perkara tersebut terjadi apabila pihak berkenaan mendakwa sistem kehakiman sudah rosak kerana anak guamnnya menang ketika di peringkat Mahkamah Majistret.

Pada 28 Oktober 2019 lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru menetapkan untuk melepas dan membebaskan Ke Ting tanpa perlu membela diri, selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Susulan keputusan itu, pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi dan pada 18 Februari tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahanaz Sulaiman, memerintahkan Ke Ting untuk membela diri.

Di akhir kes pembelaan, Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lalu membuat keputusan melepas dan membebaskan Ke Ting daripada tuduhan berkenaan selepas mendapati pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

Terdahulu, Ke Ting memperoleh kebenaran untuk merayu menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda berjumlah RM6,000.

Keputusan tersebut dipersetujui oleh panel tiga hakim iaitu Hakim Datuk P Ravinthran, Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebulat suara membenarkan permohonan tertuduh di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur.

Sementara itu, permohonan rayuan Ke Ting yang diwakili oleh peguamnya Muhammad Faizal Mokhtar berlangsung pada jam 9 pagi tadi turut membebaskan tertuduh dengan wang jaminan sebanyak RM10,000 bersama seorang penjamin.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Dec 2019

‘Sayap’ Terawal Superman Dilelong Hampir RM1 Juta

Sayap pertama yang digunakan dalam Superman

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Ulasan Konsert: ‘Malam 3 Suara’ Satukan Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito… Kuasa Vokal Gegarkan Idea Live Arena

Malam 3 Suara bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah pengalaman muzik yang menghiburkan!

Hiburan Sat, 4 May 2024
Featured Wed, 19 Mar 2025

Memang Legend! M. Nasir Cetus Sejarah, Cipta Raya ‘Konsert Spin Off Lagu Raya’ Pertama Dianjurkan Di Malaysia

Konsert ini akan menampilkan kira-kira 20 buah lagu, dengan 17 daripadanya bertemakan hari raya.

Trending Mon, 4 Oct 2021

ABPBH 34 Mara Ke Pusingan Top 5 – Undian Zul Ariffin, Remy Ishak, Zizan Razak Tidak Diaudit

Jawatankuasa Pengelola Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 mengumumkan undian diperoleh empat calon awal ABPBH 34 iaitu tiga artis dalam kategori solo iaitu Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Versatil Popular […]

Trending Thu, 16 May 2019

为何手术服是蓝绿色?穿错恐致命

每当提起医护人员,通常大家脑海里浮现都是「白大褂」模样,但你可曾想过,为何手术室里的医生,通常都是穿着「蓝绿色」而非常见的白色或其他颜色?

Hiburan Sun, 11 Aug 2019
Hiburan Tue, 27 Nov 2018
error: Content is protected !!