Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi November 4, 2022 @ 3:13pm

[VIDEO] Asyraf Khalid Beri Hadiah Kereta Tesla Pada Tya Arifin Sempena Anniversary Ke-7 Tahun!

Usahawan terkenal, Asyraf Khalid memberi kejutan istimewa kepada pasangannya, Tya Arifin bersempena dengan hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-7 tahun.

Berdasarkan perkongsian di Instagram, Asyraf menghadiahkan isteri tercintanya sebuah kereta mewah jenama Tesla kepada Tya yang selama ini banyak memberi sokongan sehingga mereka berjaya dalam bidang bisnes.

“Happy 7th Anniversary sayang! @tyaarifinnw. Alhamdulillah, genap 7 tahun kita berkahwin dan saya masih terpegun melihat kecantikan, kebaikan, kerja keras dan dedikasi terhadap semua yang awak usahakan.

“Terima kasih kerana menyayangi saya meskipun banyak kelemahan diri dan sentiasa mendukung saya dalam setiap perkata. Saya tahu saya tak akan mampu capai hingga ke tahap ini tanpa sokongan dan kepercayaan awak.

“Insya-Allah, semoga kehidupan kita akan terus harmoni. Saya akan cuba melakukan sepenuh hati saya untuk pastikan impian kita tercapai.

“I love you dan saya harap awak menikmati kejutan kecil ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi vidoe berkenaan, Tya dilihat sangat terkejut dengan hadiah yang diberi oleh suami tercintanya itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan pasangan ini untuk terus maju dan saling bahagia disamping anak-anak tersayang.

Ada juga dalam kalangan mereka yang memuji sikap Asyraf sebagai seorang suami yang wajar dicontohi kerana sentiasa memberi layanan istimewa kepada isteri.

Untuk rekod,   ya dan Asyraf iaitu anak tiri Datuk Sri Siti Nurhaliza berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 5, dan Azzahra Jiwa, 3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Sep 2020

Kenakan Sekatan Perjalanan Ke Atas Negara Berisiko – MKN

Ingat, jangan ikut suka hati je okay!

Trending Fri, 7 Jun 2024

Pesona Warna Pesta Permata

HABIB GEMFEST 2024

Hiburan Thu, 6 Jun 2024

Saluran Jantung Tersumbat 99%, Azlee Senario Jalani Pembedahan Pasang Stent… Keadaan Kini Stabil

Alhamdulillah dah stabil, semoga cepat sembuh seperti sedia kala ❤️

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Trending Tue, 1 Jan 2019
Hiburan Thu, 11 Oct 2018

「失控拔掉注射导管」2周2度住院!赛琳娜进精神病院

小天后赛琳娜(Selena Gomez)这阵子搬离洛杉矶,鲜少出席公开活动!没想到现在传出这2个礼拜内住院2次,最后一次更在医院情绪崩溃。

error: Content is protected !!