Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari January 3, 2023 @ 6:44pm

Kongsi Momen Hantar Anak Ke Asrama, Netizen Persoal Perasaan Bapa Kandung… Rita Rudaini Dedah Kena ‘Block’

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini berkongsi momen menghantar anaknya pulang ke sekolah berasmara ekoran sesi persekolahan telah bermula hari ini selepas bercuti panjang.

Menerusi video yang dikongsi Rita, rata-rata ibu bapa berasa sayu untuk berpisah dengan anak begitu juga Rita dengan meniggalkan kapsyen yang menyentuh hati.

“Sunyi lah mommy and adik malam ini 🥲,” tulis Rita ringkas.

Malah, warganet turut berasa sedih melihat anak-beranak tersebut saling berpelukan dan melambai.

Tidak semena, ada individu meninggalkan komen dengan mempersoal apa perasaan bapa kepada anak-anaknya itu tonton video tersebut.

Tanpa dijangka, Rita membalas komen tersebut dengan menyatakan bahawa pihak sebelah sana telah menyekat (block) kerana risau jika bapa kepada anaknya itu melihat perkembangan anak-anaknya.

“Tak boleh nampak sebab di sana block takut daddynya nampak fyp anak-anak. Takut nau… sampai mati di kejar bayang-bayang,” balasnya kepada individu itu.

Namun begitu, rata-rata warganet memuji semangat Rita membesarkan anak-anaknya bersendirian tanpa seorang suami.

Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan yang baik-baik untuk Rita dan anak-anaknya itu.

Sekadar info, Rita telah mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 2008, namun telah bercerai pada tahun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 24 Aug 2022
Featured Thu, 23 Oct 2025

“Kita Ada Misi Penting Dari Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang…” – Zizi Kirana

Zizi juga menegaskan fokus sekarang adalah bercerita dan tidak bisu mengenai isu saudara kita di bumi Palestin.

Hiburan Sat, 3 May 2025

Sarah Hildebrand Kini Hamil, Hidup Bahagia Di Sisi Suami Mat Salleh

Sarah Hildebrand kini hamil anak pertama, bahagia hidup di Amerika Syarikat

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

黄秋生自嘲不够帅!不能当鬼片男主角

黄秋生自爆想投资拍摄爱情鬼故事,唯他笑言男主角不是自己 “当然不行啦,男主角这么帅,我演不来!”

Hiburan Mon, 21 Oct 2024
Trending Mon, 15 Jun 2020

Pencari Kerja Kini Boleh Mohon PenjanaKerjaya, Bayaran Insentif Bermula 1 Julai

Sedikit info dan berita baik buat mereka yang hilang kerja ketika PKP..

Featured Fri, 19 Jan 2024

“Demi Allah! Benda Tu Berlaku Secara Spontan” –  Tyzo Nafi Dakwaan Sengaja Mahu Jatuhkan DJ Lin

Allahu, macam tu rupanya, Tyzo tak berniat apa-apa pun diatas ucapannya yang tular tu😪

error: Content is protected !!