Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 21, 2024 @ 12:36am

Famili Duo 4: Tomok & Sharul Kamal Bergelar Juara Minggu Pertama, Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Peserta

Minggu pertama Famili Duo 4 menyaksikan pasangan sepupu, Tomok dan Sharul Kamal yang membawa lagu Aku Penghiburmu & Gerhana nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir mendahului pertandingan dengan meraih 64.5 peratus markah.

Dinilai sebanyak 70 peratus oleh juri tetap, Datuk Rosyam Nor dan Mas Idayu serta 30 peratus undian atas talian oleh penonton menerusi portal Tonton, Tomok dan Sharul berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Di tempat kedua, Naqiu dan Joey Daud yang menyampaikan lagu lagu Akhirnya Kini Pasti dan Sinaran, nyanyian asal Anita Sarawak dan Datuk Sheila Majid meraih markah sebanyak 59 peratus.

Membawakan lagu Drama King nyanyian asal Meet Uncle Hussein bersama Black, Ayie Elham dan Salma Asis pula berada di tangga ketiga dengan markah sebanyak 48.3 peratus.

Berikut merupakan markah penuh enam peserta Famili Duo 4 di minggu pertama:

1. Tomok & Sharul Kamal – Aku Penghiburmu & Gerhana (64.5%)
2. Naqiu & Joey Daud – Akhirnya Kini Pasti & Sinaran (59%)
3. Ayie Elham & Salma Asis – Drama King (48.3%)
4. Shiha Zikir & Ieda Zikir – Kudaku Lari, Pantun Janda, Sejarah Mungkin Berulang (46.9%)
5. Zahid & Anne – Seksis & Lelaki Ini (35.8%)
6. Didi Astillah & Thamiera Chan – Kalis Rindu & Makhluk Tuhan Paling Seksi (31.5%)

Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jan 2021

Ini Cara Semakan BPN 2.0 Fasa 2 Kategori M40

Ikuti langkah mudah yang disediakan

Trending Fri, 5 Oct 2018
Events Mon, 12 Feb 2018

HERE’S A LIST OF THE AJL32 WINNERS!

The 32nd Anugerah Juara Lagu ended with an overwhelming response from fans and viewers. Did you catch who the winners are? Here’s a list of all of them.

Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

“So Many Sotong Terdampar Here, Nanti Kena Ketumbit Mata”- Noorkhiriah Nasihatkan Anak Gara-Gara Melihat…

Pelakon dan pelawak terkenal, Noorkhiriah menasihati anak lelakinya supaya menjaga batas penglihatan. Lebih menghiburkan, Khiriah dengan selamba menyamakan wanita asing sebagai seekor sotong yang sedang terdampar di persisiran pantai.   View this post on Instagram […]

Events Thu, 15 Nov 2018

Wow! Lebih 20,000 Peminat Banjiri Konsert Guns N Roses Di Surf Beach, Sunway Lagoon

Meriah nya konsert Guns N Roses ni, rugi pula tak pergi

Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

Fuh, serius Datuk makin kurus lah pandai Intan jaga😍 Baby bump tu kalau betul alhamdulillah.

error: Content is protected !!