Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 17, 2025 @ 1:29pm

Fanzi Ruji Berpindah Dari Sabah Ke Kuala Lumpur, Tampil Dengan Single Berharap Untuk Kukuhkan Kedudukan Dalam Bidang Seni

Mahu mengukuhkan kedudukan dalam industri seni, penyanyi Fanzi Ruji berpindah dari Sabah ke Kuala Lumpur.

Selepas lebih 10 tahun berkecimpung dalam dunia seni, lelaki yang berasal dari Ranau, Sabah ini ingin memberikan lebih banyak fokus terhadap kerjaya nyanyian.

“Saya sudah sedekad berada dalam industri nyanyian, tetapi fokus di Sabah. Perjalanan seni saya setakat ini baik-baik sahaja, tetapi saya menyimpan hasrat untuk masuk ke pasaran mainstream.

“Sebelum ini saya ada beberapa lagu solo serta lagu duet bersama Marsha Milan. Ia mendapat respons positif tetapi belum cukup untuk menyerlahkan nama saya. Jadi, saya membuat keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur bagi merealisasikan cita-cita saya,” katanya.

Mengukuhkan diskografi dalam industri seni, Fanzi kembali dengan single terbaharu berjudul Berharap.

“Lagu ini merupakan ciptaan saya bersama Reza Ramsey. Sebenarnya, Berharap telah siap sejak tahun lalu, namun saya memilih untuk menyimpannya terlebih dahulu sehingga tiba masa yang sesuai untuk dilancarkan.

“Saya bersyukur kerana lagu ini dipilih menjadi lagu tema drama bersiri Kerana Seorang Lelaki arahan Michael Ang.

“Ini satu pendedahan yang baik untuk saya, lebih-lebih lagi saya kini berada di Kuala Lumpur,” ujarnya yang kini juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur.

Fanzi mula aktif dalam bidang nyanyian sejak 2011, namun hanya benar-benar menembusi pasaran arus perdana pada 2020 sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui single Hati Nan Rapuh.

Setahun kemudian, Fanzi berduet bersama Marsha Milan menerusi lagu Ikano, yang menjadi OST drama Love Elsa, sebelum tampil dengan single Mata Hati pada 2023.

Mengakhiri perbualan, Fanzi menyimpan hasrat agar lagu Berharap dapat diterima baik peminat.

“Semestinya saya menaruh harapan agar Berharap diterima ramai dan mendapat tempat tertinggi.

“Saya berharap lagu ini boleh mendapat tempat di pertandingan besar seperti Separuh Akhir Muzik-Muzik atau Anugerah Juara Lagu, insya-Allah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Macam Budak Sekolah Menengah! Hael Husaini Dipuji Nampak Makin Muda

Makin tua makin nampak muda pulak dia! Kongsi la petua sikit, Hael😃😀

Featured Fri, 28 Mar 2025

‘Anugerah Hati’ Dedikasi Suki Low Buat Anak Autisme

Suki Low berbesar hati dapat mempersembahkan ‘Anugerah Hati’, sebuah lagu yang didedikasikan kepada kanak-kanak autisme.

Hiburan Thu, 14 May 2026

Filem Polong Jadi Detik Bermakna Buat Mimi Lana, Teruja Dapat Bergandingan Dengan Nadiya Nisaa – “Saya Adore Sangat Dengan Dia”

Mimi mengakui dia sudah lama meminati lakonan Nadiya sehingga pernah menangis ketika menonton drama lakonan aktres itu

Trending Mon, 21 Jan 2019

Pemandu Toyota Vios Disah Positif Ganja

Memang sah positif ganja pemandu Vios yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan SUV terjunam

Hiburan Fri, 25 Mar 2022

Disyaki Terlibat Kes Dadah, Penyanyi Nasyid Ditahan

Penyanyi nasyid itu ditahan di di Kota Damansara.

Featured Tue, 13 Sep 2022

Syukur Konsert Faztival Dapat Sambutan Hangat, Fazura Raih 2 Pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Tahniah Fazura!!! Dengar kata akan ada next Faztival Fazura 😍🔥

error: Content is protected !!