Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 28, 2025 @ 12:31pm

‘Anugerah Hati’ Dedikasi Suki Low Buat Anak Autisme

Penyanyi Suki Low baru-baru ini melancarkan lagu raya terbarunya yang berjudul ‘Anugerah Hati’, hasil kerjasama dengan IDEAS Autism Centre (IAC).

Berganding bersama kumpulan budaya Alun Tradisi, lagu ini disasarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang autisme, mengajak masyarakat merayakan kepelbagaian, memupuk pemahaman, dan menyemai kasih sayang.

“Saya amat berbesar hati dapat mempersembahkan ‘Anugerah Hati’, sebuah lagu yang didedikasikan kepada kanak-kanak dengan autisme dan juga kepelbagaian yang boleh kita bina bersama.

“Muzik melangkaui batasan bangsa, agama, dan latar belakang. Lagu ini adalah seruan mesra saya untuk kita mendengar dengan kasih sayang, mencintai dengan lebih mendalam, dan membina dunia di mana cahaya setiap anak bersinar dengan bebas,” katanya.

Suki turut menjelaskan bahawa elemen joget yang terdapat dalam lagu raya ini bertujuan untuk meraikan kehidupan dan ketabahan kanak-kanak autistik.

“Saya berharap lagu ini akan menjadi lagu raya yang abadi, yang menghormati tradisi sambil merangkul kemajuan.

“Raya kali ini, mari kita gerakkan diri kita lebih daripada sekadar tradisi… mari kita perjuangkan inklusiviti, menggantikan keheningan dengan lagu, dan mengubah pengecualian menjadi penerimaan,” tambahnya.

Difahamkan, Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz turut membuat penampilan khas dalam video muzik lagu tersebut.

Menurut Mazrina Arifin selau Pengarah IAC,  pihaknya amat mengalu-alukan inisiatif Suki yang bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran tentang autisme melalui muzik, dengan harapan memberi impak yang berkekalan dalam komuniti.

“Anugerah Hati sangat bermakna bagi kami. Dengan mengangkat senyuman dan suara anak-anak serta guru-guru kami, kami berharap dapat mencipta sebuah Malaysia yang lebih inklusif dan penuh kasih sayang. Setiap sumbangan, besar atau kecil, akan membantu kami menaja terapi, melatih pakar, dan memperluaskan sokongan kami kepada lebih banyak keluarga yang memerlukan,” jelasnya.

Lagu ‘Anugerah Hati’ kini boleh didengari di platform penstriman Spotify, manakala video muzik lagu tersebut boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Suki Low.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Tarian Tak Senonoh Di Majlis Kahwin Anak, Normah Tak Mahu Komen

Gara-gara sebuah video yang memaparkan persembahan penari lelaki menyerupai wanita di perkahwinan pelakon Ahya Rosli baru-baru ini, ibunya Normah Damanhuri enggan mengulas lanjut mengenai hal ini. Video yang dimuatnaik oleh kakak pengantin, Liana Rosli mula […]

Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Hobi Pickleball Buka Peluang Arfie Shah Beraksi Bersama Anna Jobling

Menurut Arfie Shah, minatnya terhadap sukan berkenaan secara tidak langsung membuka peluang untuk bergandingan dengan Anna Jobling.

Featured Tue, 14 Mar 2023
Featured Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Sat, 10 Jan 2026
Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Netizen Mahu Nora Danish Ganti Neelofa

Netizen suka akan gandingan Nora bersama Nabil sememangnya menjadi.

error: Content is protected !!