Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 3, 2022 @ 4:16am

Ally Iskandar, Hawa Rizwana & Fedtri Yahya Undur Diri… Ini Penstrukturan Semula Segmen & Barisan Penyampai Buletin FM

Penstrukturan semula segmen dan barisan penyampai Buletin FM ini dibuat bagi memastikan Buletin FM akan terus kekal relevan dan terus bergerak seiring dengan peredaran masa serta terus mengukuhkan kedudukan sebagai radio berbahasa Melayu yang sentiasa menyampaikan input berita terkini secara profesional dan berintegriti.

Beberapa perubahan dan pergerakkan barisan penyampai radio telah dilakukan oleh pihak pengurusan Buletin FM antaranya pengunduran Ally Iskandar serta Hawa Rizwana selaku wajah utama Buletin FM yang sebelum ini mengendalikan segmen Fokus Pagi Bersama Ally Iskandar dan Hawa Rizwana.

Keputusan pengunduran kedua-dua penyampai ini dibuat adalah atas dasar persetujuan bersama antara pihak pengurusan Buletin FM dan Ally Iskandar serta Hawa Rizwana sendiri. Secara rasminya, pengunduran mereka berdua ini berkuatkuasa bermula pada 1 Julai 2022.

Ally Iskandar dan Hawa Rizwana akan meneruskan fokus karier mereka bersama-sama dengan Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau TV3.

Pemilik suara emas bagi segmen malam di Buletin FM iaitu Ilham Sanubari bersama Fedtri Yahya, juga telah mengundurkan diri daripada Buletin FM pada penghujung bulan Mei lalu kerana ingin memberi fokus kepada program-progam yang di kendalikannya di TV dan keputusan ini juga telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Pihak pengurusan Media Prima Audio (MPA) terutama Buletin FM merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ally Iskandar, Hawa Rizwana dan Fedtri Yahya kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Buletin FM.

Selain itu, Buletin FM juga berterima kasih atas usaha yang diberikan dan menyampaikan segala informasi serta berita kepada pendengar Buletin FM. Selain itu, pihak pengurusan MPA juga akan terus menyokong karier dan perancangan masa hadapan mereka bertiga di masa akan datang.

“Buletin FM akan sentiasa bergerak kehadapan dengan menyajikan pelbagai maklumat dan berita semasa mengikut keperluan rakyat serta corak keadaan semasa negara kita.

“Dengan perubahan barisan penyampai lama dan baru serta personaliti hebat ini, saya yakin mereka mampu menyampaikan maklumat yang lebih tepat dan padat kepada pendengar setiap hari,” kata Shah Hayatudin selaku Ketua Rangkaian Kandungan Buletin FM, Digital & Audio+.

Untuk terus kekal relevan sebagai stesen yang menyampaikan pelbagai informasi dan berita terkini kepada pendengar, beberapa pergerakan penyampai sedia ada akan dilakukan. Segmen pagi, iaitu Fokus Pagi akan dikendalikan oleh Izwan Azir dan Muaz, Isnin hingga Jumaat, bermula 6 pagi hingga 10 pagi. Umum mengetahui mereka berdua merupakan pengendali segmen Diskusi Harian yang ke udara di sebelah petang.

Istimewa buat pendengar, Buletin FM kini tampil dengan perubahan bagi segmen Santai Siang yang dahulunya dikendalikan oleh Haiza, kini bertukar tangan dengan keluarga baru Buletin FM iaitu Marsila Hassan.

Marsila yang turut dikenali sebagai pembaca berita di TV3 akan mengendalikan segmen Santai Siang Bersama Marsila Hassan bermula jam 10 pagi hingga 3 petang, Isnin hingga Jumaat. Segmen ini akan mengetengahkan perihal suara dan fikiran rakyat serta berkongsi cerita terkini.

Bagi memastikan Buletin FM terus bergerak seiring dengan perkembangan isu semasa, segmen petang Buletin FM yang kini berwajah baru dengan nama segmen baru, Biacara Petang dengan gandingan penyampai sedia ada iaitu Haiza dan Hanif Miswan bermula jam 3 petang hingga 7 malam akan memfokuskan tentang responsif dan peka terhadap pelbagai topik dan isu semasa.

Selain itu, mereka juga akan membincangkan subjek paling menarik tentang sukan dan masyarakat serta akan memberikan perbincangan penuh untuk isu-isu yang lebih dekat dengan masyarakat. Selain itu Hanif turut merupakan penyampai bagi segmen Spectator Sukan di Buletin FM.

Terus dengarkan Buletin FM kerana pelbagai aktiviti akan menanti pendengar dan pengisian menarik akan diberikan kepada semua pendengar Buletin FM dan masyarakat dengan perkembangan yang padat dengan mesej dan perbincangan isu semasa.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV.

Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 May 2025

Buat Kemunculan Istimewa Dalam Filem Keajaiban Air Mata Wanita, Prof Dr Muhaya Mahu Cari ‘Pencen Kubur’

Dr Muhaya tersentuh dengan mesej mendalam dan naratif filem Keajaiban Air Mata Wanita.

Hiburan Sun, 19 Dec 2021

“Anak Dia Tengah Tak Sihat, Dia Tinggalkan Nak Hantar Bantuan Makanan” – Turun Padang Bantu Mangsa Banjir, Netizen Puji Siti Nurhaliza

Tindakan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membantu mangsa banjir bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerima pujian netizen. Siti bersama suami menggerakkan bantuan serta turun padang mengharungi banjir di […]

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Fri, 24 Nov 2017

ADA APA DENGAN KUMPULAN DAMASUTRA – AIR MATA ROHINGYA

Dana yang dikutip akan disalurkan terus kepada warga Rohingya yang ditempatkan di Kem Perlindungan Cox Bazar, Bangladesh dan kepada program INSAF di seluruh Malaysia.

Hiburan Sat, 12 Oct 2019

Takziah…Kamal Chilok Kembali Ke Rahmatullah

Innalillah wa inna ilaihi roji’un

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Gelagat Artis Malaysia Menari #KekeChallenge Memang Cool!

Inilah antara gelagat artis Malaysia menyahut cabaran #kekechallenge

Hiburan Fri, 4 May 2018

Minat Seni Khat, Datuk Aaron Aziz Lancar Kempen ‘Journey To Insyirah’

Saya rasa kempen ini lebih dekat dengan jiwa saya…

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

6 K-Pop Idols Who Have Debuted in More Than One Group

Who would have thought that our favourite oppas and unnies have actually gotten their first shot even before we knew their names!

error: Content is protected !!