Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Dharnieya Nur Amelsa January 6, 2023 @ 2:45pm

[VIDEO] Sweet! Bungkuskan Makanan Untuk Sari Yanti, Ramai Puji Sikap Jep Sepahtu – “Mewah Rezekinya, Balik Rumah Bawa…”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di laman TikTok yang memaparkan pelakon Sari Yanti sedang menunggu suami tercintanya, Jep Sepahtu pulang ke rumah.

Menerusi hantaran tersebut, Jep yang keluar dari kereta tersenyum sipu apabila melihat Sari menunggu ketibaannya dan terus memberi bungkusan makanan kepada isterinya.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah sikap prihatin Jep yang sentiasa mengingati isteri dan anak-anaknya di rumah walaupun sibuk bekerja.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap pelawak tersebut dan turut kagum dengannya.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang mendoakan agar dirinya itu dimurahkan rezeki memandangkan sentiasa mengingat dan membahagiakan isteri dan anak-anaknya.

“Mewah rezekinya, balik rumah bawa makanan buat anak dan isterinya.

“Senang je konsep dia bahagiakan isteri dan jangan sakitkan hati dia. InsyaAllah segala urusan dipermudahkan.

“Lancar dan murah rezeki kepada mereka yang membahagiakan isteri.

“Sayangnya suaminya kepada isteri. Rumah tangga penuh rahmat, semoga bahagia hingga hujung nyawa.

“Semoga Jep dan Sari hidup sampai ke anak cucu dan bahagia selamanya Amin. Suka tengok pasangan ini,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 2 juta tontonan, 116,000 tanda suka dan lebih 708 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Mar 2025

Ellie Suriaty Sedia Bersemuka Dengan Imran Bard – “Teruskan Saman Atau Tidak Bergantung Pada Ketulusan Dia Minta Maaf”

Sesi pertemuan Ellie Suriaty dan Imran Bard penentu sama ada teruskan saman atau tidak

Hiburan Sun, 4 Aug 2024

Jay Jay Meninggal Dunia

Al Fatihah 🤲🏻

Trending Fri, 18 Dec 2020

100% Sah! Safawi Rasid Kembali Ke Pangkuan JDT Tahun Depan

Semoga Pawi dapat mencipta banyak lagi rekod untuk tahun 2021

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Tukar Angin, Black Mahu Jadi Penyanyi Nasyid?

Black pernah menghasilkan lagu berkonsep kerohaniaan bersama kumpulan Rabbani sebelum ini. Semoga dipermudahkan, Black!

Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Tepati Ramalan Ramai, HARAM Dinobatkan Sebagai Juara Lagu 2018

Tahniah kepada semua pemenang. Jumpa lagi di AJL musim depan!

Hiburan Mon, 19 Sep 2022
Featured Thu, 14 Aug 2025

Ibu Anna Jobling Dakwa Wujud Campur Tangan Pihak Ketiga Dalam Proses Injunksi

Ibu mendedahkan punca menerima perintah injunksi adalah disebabkan pihak ketiga.

error: Content is protected !!