Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 4, 2024 @ 11:36pm

Jay Jay Meninggal Dunia

Penyanyi Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Darus, 67, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Thompson Kota Damansara, Selangor pada malam Ahad.

Memetik laporan mStar Online, berita duka pemergian bekas vokalis kumpulan Carefree itu disahkan rakan artis, Datuk Hattan yang baru mendapat perkhabaran itu daripada isteri Jay Jay.

“Iya saya baru dapat bercakap dengan isterinya. Jay Jay sudah meninggal dunia cuma saya tidak pasti pukul berapa dia meninggal dunia,” katanya ringkas.

Imbas semula pada 23 Mei lalu, Jay Jay menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Selepas menjalani pembedahan, penyanyi berkenaan diserang angin ahmar dan meneruskan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Untuk info, sejak tahun 1970-an, Jay Jay telah mula bergiat aktif menjadi vokalis dan pemain bass untuk kumpulan Carefree dan popular dengan deretan hits, termasuklah Rindu Bayangan, Belaian Jiwa, Dendengan Laguku dan banyak lagi.

Selepas bergerak solo, Jay Jay memulakan karier solo dan menerbitkan tujuh buah album dan popular menerusi lagu Joget Angan Tak Sudah, Cukuplah Sekali dan banyak lagi.

Sumber: mStar Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 12 Aug 2020

9 Individu Dikenakan Tindakan Tegas, Ingkar Arahan Kuarantin Rumah

Jangan degil dan jangan pentingkan diri sendiri!

Events Sun, 31 Mar 2019

World’s First Ant-Man and The Wasp Attraction Debuts in Hong Kong Disneyland

Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! further expands Hong Kong Disneyland as Asia’s Marvel Hub.

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Contest Mon, 28 Oct 2019

xtra好康头 | 送你云顶世界《尸速列车》鬼屋入门票

xtra好康头 将送你云顶世界《尸速列车》鬼屋入门票,让你向自己的胆量极限发起挑战!

Trending Wed, 10 Jul 2019

We Dedicate this Day to You Tun!

On this day in 1925, a great man and a very admirable leader was born onto this Earth.

Trending Wed, 29 Jan 2020
Kisah Viral Tue, 23 Jun 2026

Miliki Lebih 4 Juta Pengikut, ‘Durian Influencer’ Edison Ang Buka Pusat Pengalaman Raja Buah Terbesar Asia… Mahu Dunia Kenali Kisah Musang King!

Digelar sebagai durian influencer, Edison Ang tidak sekadar berkongsi kandungan mengenai raja buah, malah kini membawa minatnya ke satu tahap lebih besar.

error: Content is protected !!