Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin June 23, 2026 @ 7:24pm

Miliki Lebih 4 Juta Pengikut, ‘Durian Influencer’ Edison Ang Buka Pusat Pengalaman Raja Buah Terbesar Asia… Mahu Dunia Kenali Kisah Musang King!

Dengan lebih 4 juta pengikut di laman sosial Malaysia dan China, nama pempengaruh dan usahawan Edison Ang mungkin cukup dikenali dalam kalangan pencinta durian dan netizen.

Digelar sebagai durian influencer, anak tempatan itu tidak sekadar berkongsi kandungan mengenai raja buah, malah kini membawa minatnya ke satu tahap lebih besar.

Semuanya menerusi pembukaan Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX), pusat pengalaman durian pertama dan terbesar di Asia.

Diasaskan bersama Ang Kean Wee dan dibangunkan menerusi syarikat MyBolehBoleh, KLDEX bakal dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 4 Julai ini dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta Tourism Malaysia.

Bagi Edison, durian bukan sekadar makanan kegemaran rakyat Malaysia, tetapi sebahagian daripada identiti dan warisan budaya negara yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.

“Ramai mengenali Musang King, D24 atau Black Thorn, tetapi tidak ramai yang mengetahui kisah di sebalik varieti-varieti ini.

“Malaysia mempunyai sejarah dan budaya durian yang sangat kaya. Saya rasa kisah-kisah ini perlu didokumentasikan dengan lebih tersusun supaya ia tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Menurut pengasas MyBolehBoleh itu, walaupun durian Malaysia semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa, masih banyak cerita dan sejarah yang belum diketahui umum.

“Kalau kita tidak mula memeliharanya sekarang, saya bimbang banyak kisah berharga ini akan dilupakan. Sebab itu KLDEX diwujudkan sebagai ruang untuk orang ramai memahami durian bukan sekadar dari sudut rasa, tetapi juga sejarah dan budaya,” katanya.

Berkeluasan lebih 20,000 kaki persegi, KLDEX membawa pengunjung menyelami perjalanan durian Malaysia menerusi pameran interaktif, arkib sejarah, kandungan imersif serta pelbagai kisah menarik mengenai varieti ikonik tempatan.

Pengunjung turut berpeluang merasai pengalaman seolah-olah berada di dusun menerusi zon khas yang memperkenalkan ekosistem pokok durian, kaedah penanaman serta kisah di sebalik perkembangan industri tersebut.

Selain muzium, pusat itu turut dilengkapi teater imersif yang menggabungkan elemen drama, tarian, rap dan muzik untuk memperkenalkan budaya durian Malaysia dengan pendekatan yang lebih moden dan mesra pelancong.

Tidak ketinggalan, ruang makanan dan runcit yang menawarkan pelbagai produk berasaskan durian termasuk tart dan kopi durian, sekali gus memberikan pengalaman rasa yang lebih pelbagai kepada pengunjung.

MyBolehBoleh yang diasaskan Edison pada 2023 sebelum ini aktif mempromosikan durian Malaysia ke pasaran antarabangsa. Kini, melalui KLDEX, Edison berharap pusat tersebut mampu menjadi salah satu tarikan pelancongan baharu negara serta memperkenalkan budaya durian Malaysia kepada dunia dengan cara yang lebih menyeluruh.

“Visi kami bukan sekadar memperkenalkan durian, tetapi berkongsi kisah dan identiti Malaysia kepada dunia.

“Harapan saya, apabila pelancong datang ke sini, mereka bukan hanya pulang dengan rasa durian yang sedap, tetapi juga membawa bersama pengalaman dan cerita yang membuatkan mereka lebih mengenali Malaysia,” katanya.

Pada masa hadapan, KLDEX turut merancang memperkenalkan lawatan khas ke dusun-dusun tempatan bagi memberi peluang kepada pengunjung menikmati sendiri pengalaman dari ladang hingga ke meja hidangan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jun 2020

Golongan Ibu Positif Covid-19 Boleh Teruskan Penyusuan

Ini mungkin maklumat yang bagus untuk anda!

Trending Wed, 5 May 2021

Nak Menang Wang Tunai Serta Percutian Di SCAPES Hotel Genting Highlands? Jom Sertai Pertandingan Pantun LBS!

Pantun adalah salah satu kebanggaan orang Melayu yang mempunyai nilai puitis yang sangat tinggi. Ia digunakan sebagai tujuan komunikasi dan menjadi bentuk kiasan kepada sesuatu perkara. Nak berpantun ni memerlukan kreativiti yang tinggi tau. Bukan […]

Drama Wed, 25 Dec 2024

Emma Maembong Terjerat Dalam Rumah Tangga Toksik?

Saksikan Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Shah Jaszle dan ramai lagi dalam Wanita Milik Kaiden.

Trending Fri, 14 Nov 2025

REV Media Group Lebarkan Dominasi Digital Dengan Penguasaan Penuh The Vocket

Langkah strategik ini dijangka mengukuhkan lagi kekuatan REV Media Group dalam pasaran digital berbahasa Melayu

Featured Wed, 8 Apr 2026

“Kau Jawablah Nanti Dekat Akhirat” – Fattah Amin Pertahan Diri, Yakin Tindakan Dibuat Adalah Betul & Bersebab

Fattah Amin tampil memeprtahankan dirinya susulan isu tular mengaitkan dirinya baru-baru ini.

Hiburan Thu, 6 Jul 2023

“Dia Sampai Tak Lalu Makan” – Syifa Melvin Kongsi Reaksi Safawi Rasid Ketika Umum Mengandung

Aik Pawi kenapa sampai tak lalu nak makan tu? 🤣🤣 Nervous ekk nak jadi Daddy?

Featured Sun, 18 Jul 2021

“Semua Orang Nak Cari Gaduh Dan Cakap Bukan – Bukan Pada Saya, Saya Sedih”.. – Ebit Lew

Sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok yang memaparkan luahan rasa Ustaz Ebit Lew mendapat perhatian ramai. Menerusi video tersebut, Ustaz Ebit Lew dilihat meluahkan kekesalan beliau terhadap segala kata-kata yang dilemparkan oleh segelintir […]

Featured Sun, 6 Feb 2022

Kes COVID-19 Dijangka Meningkat Secara Mendadak Beberapa Minggu Lagi

Ya Allah, semoga Malaysia baik-baik sahaja♡

error: Content is protected !!