Euforia Bola 2026
Drama By: Padin December 25, 2024 @ 9:03pm

Emma Maembong Terjerat Dalam Rumah Tangga Toksik?

Sebuah drama bersiri baharu yang sarat dengan konflik emosi dan dilema cinta, Wanita Milik Kaiden bakal menggegarkan slot Akasia! Diadaptasi daripada novel popular karya Nuriffa dengan judul yang sama, drama ini akan mula bersiaran di slot Akasia pada 26 Disember 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam atau boleh strim di iQIYI pada pukul 8.00 malam secara percuma.

Diarahkan oleh pengarah 7 Hari Mencintaiku, Jamal Khan dan diterbitkan oleh produksi, Cinema Stage Production, Wanita Milik Kaiden merupakan sebuah naskhah yang dijangka mampu meninggalkan impak mendalam kepada penonton.

Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Iedil Dzuhrie Alaudin, Emma Maembong, Shahz Jaszle, Liza Abdullah, Dayang Areeda dan Datin Sri Maria Farida, drama ini menjanjikan lakonan penuh emosi yang mampu menghidupkan setiap watak dengan sempurna.

Drama ini bermula dengan kisah pertemuan yang tak diduga antara Haila (Emma Maembong) dan Erman (Shahz Jaszle), yang menjadi titik permulaan hubungan antara mereka. Namun, di sebalik pertemuan itu, Erman menyembunyikan satu rahsia besar bahawa dia sebenarnya telah bertunang dengan seorang gadis pilihan ibunya, Sarah. Demi memikat hati Haila, Erman merahsiakan status pertunangannya. Dalam masa yang sama, Kaiden (Iedil Dzuhrie Alaudin), sahabat baik Erman sejak zaman universiti, secara tidak diduga mempunyai sejarah hubungan dengan Haila. Mereka pernah menjadi rakan baik sewaktu di kampung, namun satu peristiwa hitam dalam keluarga Haila memaksa Kaiden untuk menjauhkan diri daripadanya.

Kehadiran Haila dalam hidup Erman membawa perubahan besar, namun sikap Erman yang gemar mempermainkan perasaan wanita mula mencetuskan keraguan dalam hati Kaiden. Lebih merumitkan keadaan, Sarah (Rasya Dean) yang hamil mendesak Erman bertanggungjawab ke atas dirinya, sementara ibu kepada Erman, Puan Kamariah (Liza Abdullah) berusaha menyatukan mereka demi membalas jasa keluarga Sarah yang banyak membantunya menyelesaikan masalah kewangan. Haila, seorang gadis yatim piatu, pula merasakan kasih sayang dan perhatian Erman adalah anugerah yang tidak pernah dimilikinya, tanpa mengetahui konflik di sebalik hubungan mereka.

Dalam konflik ini, Kaiden menghadapi dilema kerana dia sebenarnya menaruh hati terhadap Haila sejak zaman sekolah. Situasi menjadi semakin tegang apabila Kaiden mengetahui rancangan perkahwinan Haila dan Erman. Sebagai seorang lelaki yang tahu sisi gelap Erman, Kaiden berdepan cabaran besar, sama ada untuk melindungi Haila daripada menjadi mangsa atau menerima takdir cintanya yang tidak kesampaian. Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Kaiden? Mampukah beliau menghentikan niat jahat Erman dan merealisasikan hasratnya yang terpendam sejak sekian lama?

Iedil juga mengungkapkan keterujaan beliau kerana ini merupakan kemunculan pertama beliau di TV3, “Saya sangat teruja kerana ini adalah kemunculan pertama saya untuk slot Akasia di TV3. Ia adalah peluang yang luar biasa untuk saya tampil di kaca tv dan berkongsi cerita serta seni dengan penonton yang lebih luas. Tambahan pula, memegang watak utama dalam drama ini bukan sahaja membawa cabaran besar, tetapi juga memberi ruang yang amat berharga untuk saya berkembang sebagai seorang pelakon. Saya sangat bersyukur dengan peluang ini dan tak sabar untuk melihat apa yang akan datang selepas ini.”

Saksikan bagaimana cinta dan takdir mencorak perjalanan hidup watak-watak dalam cerita ini, penuh dengan cabaran, penyesalan, dan pengorbanan. Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk saksikan Wanita Milik Kaiden yang akan mula bersiaran pada 26 Disember 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Jun 2025

Melly Goeslaw Hadirkan Emosi & Nostalgia Dalam “Konsert Ada Apa Dengan Melly…? – Prom Nite”

Konsert Melly Goeslaw bukan sekadar persembahan muzik, tetapi satu pengalaman emosional yang kaya dengan kenangan, dedikasi dan simbolik budaya pop dua negara.

Hiburan Sat, 15 Nov 2025

Netizen Nasihat Uqasha Senrose – “Ada Yang Lebih Teruk Dari Kamu”

Netizen nasihat Uqasha Senrose, minta belajar erti bersyukur

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Nabil Ahmad Gembira Lihat Que Haidar, Fazura Mesra – “Belakang Tabir Pun Nampak Mereka Ikhlas, Cute!”

Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad berkongsi kegembiraannya melihat keakraban dan kemesraaan antara pelakon, Que Haidar dan Nur Fazura.

Events Mon, 27 Aug 2018

What a Great Year to Celebrate #KitaPunya Merdeka!

Our 61st independence day feels like a brand new one.

Trending Thu, 24 Oct 2019

Hilton Eateries; Where Good Food Begets Good Memories

Date night? Anniversary dinner? Reunion? Or just a simple gathering? Hilton’s October promotion has got it all

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
error: Content is protected !!