Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd January 29, 2020 @ 12:19pm

Terkini! Wabak Coronavirus Semakin Ganas Menyerang, 3 Lagi Kes Positif Dilaporkan Di Malaysia

Wabak Coronavirus kini semakin ganas menyerang!

Terbaru, Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan tiga lagi kes melibatkan Coronavirus di Malaysia, menjadikan jumlah pesakit Coronavirus seramai 7 orang. 

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiga individu itu adalah kanak-kanak berumur 4 tahun dan dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Seorang lelaki berumur 52 tahun  yang kini dirawat di isolasi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu serta seorang menantu perempuan kepada lelaki berusia 66 tahun.

Tiga individu direkodkan dalam Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) jangkitan novel Coronavirus

“Justeru, dari 10 Januari hingga semalam, jumlah kumulatif kes PUI bagi jangkitan 2019-nCoV adalah 78 orang; yang mana 39 adalah warganegara Malaysia, 36 warga China dan masing-masing satu warganegara Jordan, Brazil dan Thailand.

“Tiga kes sudah disahkan positif 2019-nCoV, 74 adalah negatif 2019-nCoV dan satu kes masih menunggu keputusan makmal,”

Sekiranya korang mengalami simptom-simptom Coronavirus, lihat senarai hospital di bawah untuk rujukan rawatan:

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Mar 2019

冰岛小镇「 3D 斑马人行穿越道」势必让高速行驶车辆都减速

在冰岛里的小渔村,有一项令人兴奋的道路安全设计!

Hiburan Fri, 15 Aug 2025
Trending Mon, 19 Feb 2024
Featured Wed, 4 Aug 2021

“Peletakan Jawatan Saya Tidak Berbangkit”- Muhyiddin Yassin

Berikutan pergolakan politik yang melanda negara ketika ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan Perutusan khas hari ini. Menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri yang berlangsung sebentar tadi, beliau bersama barisan kabinet Perikatan Nasional (PN) […]

error: Content is protected !!