Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 9, 2023 @ 5:15pm

Bertegas Tak Mahu Keluar Dari Kediaman, Penyanyi Popular 90-an ‘Serang’ Tuan Rumah Dengan Parang

Heboh di platform media sosial berhubung seorang pelakon popular era 1990-an yang enggan membayar sewa rumah tertunggak sebanyak RM3,600 dari Jun sehingga September serta tidak membayar tunggakan bil elektreik mencecah hampir RM7,000.

Terkini, menerusi laporan Harian Metro difahamkan pemilik rumah itu, Liza Mohamad, 46, mendedahkan penyanyi tersebut sukar memberi kerjasama untuk menyelesaikan isu tersebut.

Lebih parah, penyanyi yang menyewa di kawasan perumahan Setapak Indah ini bertindak agresif sehingga mengeluarkan alatan tajam iaitu parang ketika berdepan dengan tuan rumah, Liza.

“Dia seorang yang tidak boleh dibawa berbincang. Dia keluar dengan parang sewaktu saya datang ke rumah itu untuk berbincang.

“Saya sudah membuat empat laporan polis terhadapnya, tapi masalah masih lagi tidak dapat diselesaikan.

“Saya pula kebetulan memang nak sewakan rumah berkenaan pada masa itu dan bersetuju dengan kontrak sewa di antara kami yang tamat sepenuhnya pada September lalu.

“Tapi, malangnya sehingga kini walaupun kontrak sewa sudah tamat, namun dia masih tidak mahu keluar dari rumah saya.

“Saya ada datang ke rumah itu pada 18 September lalu untuk berbincang dengannya dan memohon dia sekeluarga keluar kerana saya nak menetap semula di rumah berkenaan yang juga aset peninggalan Allahyarham suami saya yang meninggal dunia pada 27 September 2019,” katanya.

Artikel Berkaitan: Penyanyi Popular Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Elektrik, Tuan Rumah Buat Laporan Polis

Mengulas lebih lanjut, Liza berkata penyanyi tersebut akan keluar daripada rumah hasil pemberian daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) itu sekiranya mereka sekeluarga akan diberi kediaman lain.

“Dia ada kata dengan saya yang sedia keluar dari rumah itu sekiranya ada kediaman lain untuknya. Selama ini pun dari Oktober 2020 sehingga September 2021, PPZ yang bayarkan sewa rumah itu. Kemudian dari Oktober 2021 hingga September tahun lalu, Baitulmal pula yang bayarkan sewa.

“Saya harap sangat pihak tertentu seperti PPZ dan Baitulmal tampil membantu saya dan carikanlah rumah lain untuk dia,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Dec 2024

Berlangsung Meriah! Jadi Syurga Peminat Muzik Indie, 15,000 Pengunjung Banjiri Nyala Fest

Nyala Fest berlangsung dengan jayanya apabila dibanjiri oleh 15,000 pengunjung.

Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Events Wed, 23 Jan 2019

Immerse Yourself in a Surround Sound Live-Music Experience

Imagine listening to good quality music in it’s best form, live!

Trending Wed, 24 Feb 2021

Riena Diana Kini Penyampai Geng Pagi Hot FM

Akak Lailer dah jadi Geng Pagi Hot, confirm letup!

Featured Fri, 10 Sep 2021
Hiburan Wed, 17 Oct 2018

克里斯普瑞特童年照「撞脸鬼娃恰吉」

好莱坞男星克里斯普瑞特近日在IG上曝光一张童年照,与鬼娃恰吉撞脸了!而且连服装都100%神还原,笑翻众人。

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Thu, 24 Jul 2025
error: Content is protected !!