Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 8:27pm

Individu Dedah Ameera Khan Baik Hati – “Dia Layan Macam Kawan, Orang ‘Benci’ Sebab Seksi”

Sejak kebelakangan ini, pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan semakin menjadi bualan ramai terutamanya selepas sering menunjukkan kemesraannya bersama kekasih hati, aktor Indonesia, Jefri Nichol pada khalayak umum.

Susulan itu, ada individu tampil mendedahkan sisi keperibadian adik kepada usahawan dan selebriti, Noor Neelofa itu dikatakan yang mungkin selama ini tidak diketahui oleh segelintir pihak.

Menurut individu itu, dia memaklumkan pernah berjumpa Ameera di lapangan terbang dan mesra ketika bersembang.

“Pernah jumpa dia dekat airport dnegan Nabila, Ameera baik sangat cakap pun lembut.. siap pegang bahu kita tanya ‘dah makan ke?’ Jadi dia baik saja, orang tak suka sebab pakai sexy,” tulisnya.

Dalam ruangan balas komen sama juga, individu lain turut bersetuju dengan kenyataan tersebut serta meluahkan rasa simpati terhadap Ameera kerana sering menerima tempias dan kecaman hebat daripada netizen.

“Saya rasa kesia nsebab orang sebarkan kebencian dekat dia sangat-sangat.. tapi apa boleh buat.. dia ‘public figure’. Betul, dia pun baik sebab saya pernah jumpa dan dia layan macam kawan-kawan,” katanya.

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila netizen mula membuat perbandingan antara Ameera dan kakaknya, Athisha Khan yang dikatakan berbeza bagai langit dan bumi.

Artikel Berkaitan: Athisha Khan Dipuji Bijak, Berhemah… Netizen Bandingkan Dengan Ameera Khan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Oct 2025
Hiburan Tue, 3 Dec 2019

“Tak Ada Wow Factor!” – Syafinaz Selamat

Siapa agaknya yang akan ke peringkat separuh akhir?? Jangan lupa undi peserta ‘favourite’ anda!

Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] Allahyarhamah Adibah Noor Idola Sherry Alhadad Dalam Bidang Pengacaraan – “Dia Pecahkan Stigma Segelintir Pihak”

Allahyarhamah Adibah Noor seorang selebriti yang sangat serba boleh ☺️🥰 “Alhamdulillah, kerana beliau saya berada di sini” – Sherry Alhadad

Hiburan Sat, 23 Feb 2019

Ratusan Peminat Sambut Ketibaan BLACKPINK Di KLIA

Are you ready girls for tonight?

error: Content is protected !!