Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain November 29, 2022 @ 4:35pm

Akui Terkesan, Sara Ali Masih Ingat Pesanan Arwah Azhari Zain – “Nak Berlakon, Kena Ikhlas”

Pelakon Sara Ali mengakui terkesan selepas mendengar berita pemergian pengarah Allahyarham Azhari Zain, pada Khamis lalu.

Menurut Sara, dia menyifatkan Allahyarham Azhari sebagai seorang pengarah yang tidak lokek dalam memberi ilmu dan sangat baik dengan semua orang.

“Arwah memang baik. Saya bukan student UiTM tau, saya memang artis luar yang diambil untuk cuba bekerja. Jadi, saya dah buat dua telemovie dengan dia. Arwah memang cool, tak pernah lokek ilmu, dia tahu macam mana nak direct orang. Dia macam seorang bapa kepada semua orang.

“Jadi masa saya dapat tahu yang dia diserang angin ahmar setahun yang lepas, kami terkejut sebab perkara itu berlaku diluar jangkaan.

“Pemergian arwah sangat mengejutkan. Lebih-lebih lagi banyak berita kesihatan rakan-rakan artis yang seusia dengan saya pun turut menakutkan saya juga,” katanya.

Selain itu, Sara juga menyatakan Allahyarham pernah berpesan kepadanya untuk lebih ikhlas ketika berlakon biarpun sehingga kini pelakon itu masih mencari maksud disebalik pesanan tersebut.

“Pesanan yang saya ingat daripada arwah ialah kalau nak berlakon, kena ikhlas. Sampai sekarang saya tak faham ikhlas tu macam mana sama ada dari segi rasa ke perbuatan yang kita buat ke. Jadi, sampai sekarang kita tak tahu ikhlas tu apa.

“Tu antara memori yang arwah pernah pesan kat saya. Selain saya, ramai lagi krew-krew yang pernah bekerjasama dengannya terkesan dengan kehilangannya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah Filem, Azhari Zain Meninggal Dunia

Dalam perkembangan lain, Sara turut menyatakan dia tidak mempunyai kesempatan untuk melawat rakan artisnya, Nad Zainal yang kini dikhabarkan sudah sedar selepas beberapa hari ditidurkan.

“Saya terkejut juga mendengar kondisi Nad sekarang. Dia seusia dengan saya. Saya berharap agar Nad terus kuat dan cepat sembuh.

“Saya memang agak bimbang dengan Nad. Buat masa sekarang sekiranya saya ingin tahu apa-apa perkembangan tentang Nad saya kena hubungi Ungku dulu kot sebab sekarang pun saya sibuk. Tapi sibuk macam mana pun saya kena melawat dia,” katanya.

Pendedahan tersebut telah dikongsikan oleh Sara ketika ditemui pada majlis sidang media Viu Upfront 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sengaja Jaja Kisah Peribadi, Ungku Ismail Kecewa & Bertekad Tidak Berkongsi Perkembangan Nad Zainal

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi Buah Pinggang Bermasalah Akibat Ubat Kurus, Shahrulezad Kongsi Keadaan Terkini Nad Zainal – “Dah Kurang Bergantung Mesin Oksigen”

ARTIKEL BERKAITAN: Marsha Milan Sebak Teringat Nad Zainal, Terkenang Rakan Di Pentas SFMM37

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafril Tak Boleh Melawat Nad Zainal Gara-Gara…

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Sayang Dia… Tipulah Kalau Saya Cakap Saya Tiada Hati” – Ungku Ismail Rindu Nad Zainal

ARTIKEL BERKAITAN: Sering Kongsi Perkembangan Nad Zainal, Ungku Ismail Mengaku Sedang Kenal Hati Budi

ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah Asma’ Ketuai Bacaan Yassin Buat Nad Zainal, Hampir 4,500 Masuk Sesi Live

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Terkejut, Alvin Chong Titip Pesan Buat Nad Zainal – “Dia Seorang Yang Sangat Kuat…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pendarahan Masih Berterusan Secara On-Off”- Ungku Ismail Mohon Doa Untuk Nad Zainal

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Sebak Dengar Soalan Yem, Elvina Mohamad Harap Nad Zainal Terus Kuat – “Ramai Sayang Mu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kuat Demi Yem & Som” – Makin Kritikal, Bekas Suami Sempat Jumpa Nad Zainal Sebelum Dikejarkan Ke Hospital

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Terpaksa Ditidurkan Selama…” – Alami Paru-Paru Berdarah, Rakan Selebriti Mohon Doakan Keadaan Nad Zainal

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Paru-Paru

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Hiburan Thu, 13 Jun 2019

Umie Aida- Erra Fazira Sudah Berdamai

Harap netizen tidak bercakap lagi isu ini,

Featured Sun, 20 Jun 2021

Ramai M40 Tergelincir Kepada B40, Beri Kelonggaran i-Sinar 2.0 Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Baru baru ini, terdapat laporan yang mengatakan lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) tergelincir ke kategori golongan berpendapatan rendah B40 kerana krisis Covid-19 sekali gus memberikan tamparan hebat kepada rakyat Malaysia. […]

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

“Saya Bukan Lelaki Misteri Itu”, Ikhwan Doakan Risteena Bahagia

Hmmm..Belum tentu ‘berkawan’ lama akhirnya ke jinjang pelamin kan?

Featured Wed, 30 Mar 2022

#WhazzupNetizen: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson, Will Smith Tempeleng Chris Rock & Pensyarah Hina Golongan B40

Segala komen baik positif mahupun negatif dilemparkan oleh netizen ya.. Fuh, panass 🔥

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Sun, 15 Dec 2024
error: Content is protected !!