Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Salma Syahbuddin April 23, 2019 @ 8:46am

8 Destinasi Yang Harus Dikunjungi Oleh Ulat Buku Sempena Hari Buku Sedunia

Sempena Hari Buku Sedunia (23 April 2019) ini, Agoda akan membawa anda untuk perjalanan kesusasteraan yang tiada tolok bandingnya. Semasa percutian anda yang seterusnya, jejakilah asal-usul beberapa penulis kegemaran anda dengan melawati tempat asal mereka iaitu tempat karya agung mereka diilhamkan.

Berikut adalah beberapa tempat yang wajib dikunjungi untuk pencinta buku di sekitar Asia. 

  1. Kobe, Japan

Sasterawan: Haruki Murakami

Karya penting: “Kafka on the Shore” dan “1Q84” terbitan Shinchosha

Tempat menarik: Ikuta Shrine, Arima Onsen, Jambatan Akashi-Kaikyo

Murakami dibesarkan di Kobe, sebuah kota yang menjadi latar belakang kepada beberapa buah karya beliau, seperti novel sulung yang berjudul “Hear the Wind Sing”. Karya Murakami menampilkan unsur surealisme, seringkali dengan tema melankolia yang dibayangkan oleh kedamaian tempat-tempat pemujaan dan keindahan alam semula jadi di kota pinggir pantai ini. Hayati sisi Kobe yang minimalis apabila anda menginap di Arimakoyado Hataya Ryokan

      2. Camarines Norte, Filipina

Sasterawan: Ricky Lee

Karya penting: “Para kay B” terbitan Philippine Writers’ Studio Foundation

Tempat menarik: Kepulauan Calaguas, Pulau Apuao Grande, Pantai Bagasbas

Hasil kerja Ricky Lee bukan sahaja dalam penulisan novel “Para kay B”, malah ia merangkumi penulisan skrip filem dan teater. Beliau pernah menghasilkan karya untuk pengarah Filipina yang tersohor seperti Lino Brocka dan Ishmael Bernal serta menerbitkan sebuah buku panduan skrip filem yang berjudul “Trip to Quiapo” yang kini telah menjadi sebuah rujukan utama bagi kolej-kolej bidang komunikasi di Filipina.

Kunjungi tempat kelahiran Lee – Camarines Norte di wilayah Bicol di Filipina dan nikmati pantai-pantai yang indah di Pulau Apuao Grande dan gugusan pulau Calaguas. Menginaplah dengan selesa di One Platinum Hotel ketika bercuti di sana.

      3. New York, USA

Sasterawan: Jenny Han

Karya penting: “To All the Boys I’ve Loved Before” terbitan Simon & Schuster

Tempat menarik: Bangunan Empire State, Statue of Liberty, Jambatan Brooklyn, Broadway

Walaupun Han berasal dari Virginia, New York adalah tempat kerjayanya sebagai penulis novel cereka berkembang. Buat tempahan di pangsapuri Jun New York Midtown III yang selesa untuk berehat selepas penat bersiar-siar di kota ini.

       4. Aracataca, Colombia

Sasterawan: Gabriel García Márquez

Karya penting: “One Hundred Years of Solitude” terbitan HarperCollins, “Love in the Time of Cholera” terbitan Penguin Classics

Tempat menarik: Casa Museo, Casa del Telegrafista

Perbandaran Aracataca dibina di sepanjang sungai dengan nama yang sama dan ia juga merupakan tempat kelahiran pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, Gabriel García Márquez. Kampung Macondo di dalam karya agung García Márquez, “One Hundred Years of Solitude” adalah ditulis berdasarkan Aracataca. Jelajahi rumah kelahiran García Márquez yang kini telah dijadikan muzium dan Casa del Telegrafista, serta bermalamlah di rumah menawan Agoda di Parque Los Novios di kota berhampiran Santa Marta, di mana anda juga boleh melawati Tayrona National Natural Park yang terkenal di Colombia.

      5. Edinburgh, Scotland

Sasterawan: J.K. Rowling

Karya penting: Siri “Harry Potter” terbitan Bloomsbury

Tempat menarik: Edinburgh Castle, The Royal Botanic Gardens, Dynamic Earth, Underground Edinburgh, The Scotch Whisky Experience

Ayuh! Potterheads. Walaupun Rowling dilahirkan di Yates, England, beliau banyak meluangkan masa di Edinburgh dan kebanyakan buku-buku Harry Potter ditulis di sana. Kunjungilah kafe-kafe yang dikatakan pernah dikunjungi oleh beliau untuk tujuan menulis dan daftar masuk ke Radisson Collection Hotel, Royal Mile Edinburgh.

      6.Florence, Itali

Sasterawan: Dante Alighieri

Karya penting: “The Divine Comedy” dan “Vita Nuova” terbitan Penguin Classics

Tempat menarik: Gereja Santa Margherita dei Cerchi (gereja Dante), Ponte Vecchio, Piazza della Signoria dan Loggia dei Lanzi

Tempat bangkitnya era Renaissance, Florence merupakan ibu kota kebudayaan Itali, dan juga tempat penyajak Dante bertemu dengan kekasihnya, Beatrice – sumber inspirasi kepada karya agungnya termasuk “Vita Nuova” dan “The Divine Comedy”. Kunjungi Kota Tuscan yang romantis dan mungkin anda akan bertemu dengan buah hati anda di sana!

Domux Home Repubblica menawarkan penginapan yang menggabungkan gaya hidup moden dengan pesona klasik Itali.

       7. Istanbul, Turki

Sasterawan: Orhan Pamuk

Karya penting: “Snow” dan “The Museum of Innocence” terbitan Faber & Faber

Tempat menarik: Museum of Innocence, The Blue Mosque, Hagia Sophia Museum

Pamuk telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 2006 dan turut diraikan sebagai pemenang Hadiah Nobel yang pertama dari Turki. Hasil karya beliau banyak menampilkan kebudayaan dan politik Turki. Beliau juga telah mengasaskan Museum of Innocence berdasarkan novelnya dengan nama yang sama. Untuk penginapan Turki yang menarik, tempahlah bilik anda di Fer Hotel.

      8. Dubai, United Arab Emirates

Sasterawan: Mohammad Al-Murr

Karya penting: “Dubai Tales” dan “The Wink of the Mona Lisa” terbitan Motivate Publishing

Tempat menarik: Burj Khalifa, Palm Jumeirah

Anak kelahiran Dubai, Mohammad Al-Murr pernah memenangi anugerah penulis cerita pendek dan menerbitkan lebih sepuluh himpunan cerpen. Kompilasi “Dubai Tales” menampilkan kisah kehidupan di Dubai yang mengikuti arus fikiran moden dan perasaan bangga terhadap tradisi negara tersebut. Pangsapuri indah 2BR di The Residences by Emaar menampilkan pemandangan Menara Burj Khalifa yang setinggi 828 meter dan merupakan pilihan penginapan yang sempurna untuk percutian anda di Dubai.

Jadi, apa tunggapatkan buku teu lagi? Dapatkan buku menarik diatas untuk dijadikan sebagai koleksi korang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Fri, 23 Nov 2018

咖啡热量排行曝光!加糖派v.s.加奶派…选这款肥死你

吃早餐时搭配一杯咖啡,工作学习时从一杯咖啡开始,咖啡已俨然取代茶饮,成为一般人工作提神、社交的主要首选。到底咖啡厅里的美式咖啡、拿铁、卡布奇诺有何不同?

Featured Sat, 4 Jun 2022

Didakwa Jual Produk ‘Timbang Kilo’ & Overclaimed, Nana Mahazan Minta Netizen Buat Kaji Selidik Sebelum Tuduh

Memang takde insurans betul mulut netizen ni 😤 Kan dah kena ‘sekolah’ dengan tuan empunya produk 😂

Events Wed, 26 Feb 2025
Featured Sun, 18 Sep 2022

Percutian Fizo Omar Disindir Peminat, Netizen Dakwa Mesti Guna Duit ‘OctaFX’

Percutian pelakon Fizo Omar dan isteri baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. Ada antara netizen yang mendakwa duit yang digunakan pelakon itu adalah hasil daripada pelaburan OctaFX.   View this post on Instagram […]

Featured Mon, 28 Nov 2022
Featured Fri, 17 Mar 2023
LIFESTYLE Sun, 25 Mar 2018

5 Sebab Kenapa Perlu Makan Strawberry

Tengok sahaja buahnya yang kecil tetapi banyak sungguh khasiatnya

Featured Tue, 16 May 2023
Hiburan Mon, 12 Sep 2022

“Kan Elok Sekali Sekala Berpakaian Normal” – Busana Aina Abdul Dapat Pujian Netizen

Haa macam ni nampak classy sangat! Apapun Aina memang cantik! 😍

error: Content is protected !!