Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 23, 2022 @ 3:58pm

“Dia Terpaksa Ditidurkan Selama…” – Alami Paru-Paru Berdarah, Rakan Selebriti Mohon Doakan Keadaan Nad Zainal

Selepas dilaporkan mengalami jangkitan paru-paru dan terpaksa dikejarkan ke hospital, pelakon Nad Zainal kini dimaklumkan berada dalam keadaan stabil namun masih berada dalam pemantauan doktor.

Memetik laporan BOOM! Pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohamedin berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai keadaan Nad Zainal terutamanya apabila pelakon itu terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki ambulans.

“Saya sangat terperanjat apabila Nad dikejarkan ke hospital menaiki ambulans malam semalam dan setakat petang tadi dia masih tidak sedarkan diri dan masih ditempatkan di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Dua minggu lepas dia ada berjumpa dengan saya tapi pada ketika itu keadaan dia okay saja cuma, nampaklah wajahnya sedikit letih  dan stress.  Tak sangka pula dia sedang menanggung kesakitan dan rasanya dia pun tak tahu mengenai penyakitnya itu,” katanya.

Dalam pada itu, Sharulezad atau lebih mesra dengan panggilan Budak Ijat turut berkongsi, kemungkinan aktres itu terpaksa ditidurkan bagi memastikan keadaan paru-parunya berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah keadaan Nad kini stabil namun kemungkinan dia terpaksa ditidurkan bagi memastikan keadaan paru-parunya baik,” jelasnya.

Tambahnya lagi, buat masa sekarang dia tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut mengenai keadaan terkini pelakon itu memandangkan dia kini berada di ICU selain, bimbang tentang keadaan anak-anaknya yang kini dijaga oleh pembantu peribadi.

“Saya masih tak dapat nak kongsikan keadaan terkininya dengan lebih lanjut kerana dia kini berada di ICU. Selain risaukan dia, saya bimbangkan anak-anaknya yang kini sedang dijaga oleh pembantu peribadinya,”ujarnya.

Susulan berita tersebut, Sharulezad memohon agar peminat sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Nad agar kembali pulih dengan segera.

Terbaharu, rakan baiknya, Aina Liza tampil memaklumkan,  Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi Anugerah Skrin 2018 itu akan ditidurkan selama dua hari akibat mengalami paru-paru berdarah.

““Saya baru dapat ‘green light’ untuk berkongsi berita ini.

“Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.

“Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Nad Zainal Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Paru-Paru

 

Sumber: BOOM!, Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 6 Oct 2018

Korban Palu Hari Kelapan, 1,571 Jasad Ditemui

Sebahagian besar mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna, sekali gus mendedahkan ancaman kepada penyelamat.

Featured Mon, 13 Dec 2021

“Relaks Je Pok Ya Cong Codei Naik Bas” – Netizen Teruja Lihat Sabri Yunus Beli Tiket

Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @_nbla.abuzai25 berkongsi video saat dia bertemu dengan pelakon dan pengarah berbakat, Sabri Yunus di sebuah kaunter menjual tiket bas. Video yang berdurasi 11 saat itu menunjukkan Sabri Yunus atau […]

Featured Thu, 23 Feb 2023

“Ramai Penyondol Hilang Malu, Ramai Lelaki Lupa Diri” – Isteri Caprice

Jangan terlalu bergantung sebab hati boleh berbolak-balik bila-bila masa – Farra Inalis

Featured Fri, 4 Aug 2023

Ayda Jebat Dedah Punca Suami Alami Bengkak Mata & Sukar Bernafas

Teruknya bengkak! Get well soon Nabil!😲😲😲

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Rumah Tangga Saya Baik Saja – Nazim Othman

Dalam masa sama, Nazim memberitahu dia hanya akan bercakap mengenai perkembangan kerjaya dan bukan perihal peribadi selepas ini.

Featured Fri, 7 Jan 2022

Penularan Varian Omicron, Lockdown Akan Berkuatkuasa Semula? Ini Jawapan KJ

Pokok pangkalnya, kenalah jaga SOP kalau tak nak lockdown lagi…

Featured Wed, 24 Aug 2022

“Saya Hanya Orang Luar, Tapi Anak-Anak Berhak Untuk Tahu Identiti Sebenar Dia…” – Ellie Suriaty

Ada betul juga apa yang dikatakan Ellie Suriaty ni 🥲 Kesian anak-anak tak tahu siapa sebenarnya bakal ibu tiri mereka

error: Content is protected !!