Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 13, 2021 @ 2:44pm

“Relaks Je Pok Ya Cong Codei Naik Bas” – Netizen Teruja Lihat Sabri Yunus Beli Tiket

Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @_nbla.abuzai25 berkongsi video saat dia bertemu dengan pelakon dan pengarah berbakat, Sabri Yunus di sebuah kaunter menjual tiket bas.

Video yang berdurasi 11 saat itu menunjukkan Sabri Yunus atau gelaran popularnya Pok Ya Cong Codei baru sahaja selesai membeli tiket bas.

Sabri yang berusia 60 tahun kelihatan tersenyum ketika melambai kearah pengguna TikTok tersebut.

“Cepat habis musim stress, tiba-tiba rasa nak repeat balik cerita Pok Ya Cong Codei ni,” tulis pengguna itu di ruangan kapsyen.

Melihat komen-komen yang ditulis oleh warganet kebanyakkannya kagum dengan sifat rendah diri Sabri yang dikatakan tidak kisah menaiki bas walaupun terkenal.

Mula dikenali ramai menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri juga aktif sebagai pengarah dan penerbit.

Perkongsian itu telah mendapat 100,200 tontonan dan 5,391 tanda suka setakat ini di TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 3 Jun 2022
Featured Fri, 20 Jan 2023
Trending Fri, 11 Jun 2021

Beri Nafas Baru ‘Kabut Serangkai Mawar’, Mafarikha Nyanyi Semula Lagu Zaiton Sameon

Penyanyi Mafarikha kini muncul dengan lagu Kabut Serangkai Mawar yang diberikan nafas baru. Buat kolaborasi pertama antara syarikat rakaman Luncai Emas dan Mafarikha, lagu malar segar nyanyian Zaiton Sameon itu telah dipilih untuk digubah semula […]

Featured Wed, 21 Mar 2018

Tuah Dapat Anak, Kontrak Jutaan Ringgit Menanti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Puteri Sulungnya!

Berita lebih mengujakan daripada sebuah kunjungan, Siti dan anaknya didatangi dengan kontrak jutaan ringgit oleh beberapa produk terkemuka yang ingin melamar mereka berdua.

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Selepas Umum Penceraian, Rashidi Ishak Mengaku Terima Ratusan Mesej Setiap Hari

Ketika ditanya sama ada Rashidi mahu merujuk kembali dengan bekas isterinya, pelakon berusia 46 tahun ini menjawab…

Hiburan Tue, 10 Dec 2019

‘Syukur Bertemu Dengan Isa’ – Risteena

Risteena memaklumkan dia tidak akan sesekali membuka cerita lama dan sudah reda dengan ketentuan Illahi.

error: Content is protected !!