Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 25, 2022 @ 8:16pm

[VIDEO] Allahyarhamah Adibah Noor Idola Sherry Alhadad Dalam Bidang Pengacaraan – “Dia Pecahkan Stigma Segelintir Pihak”

Pelakon dan pengacara versatil, Sherry Alhadad mendedahkan insan yang banyak menyuntik semangat dalam dirinya semenjak berkecimpung dalam industri seni ini adalah pelakon dan penyanyi berkaliber, Allahyarhamah Adibah Noor.

Menerusi sebuah video temubual yang dimuat naik di Instagram Nona, Sherry berkata Allahyarham adalah idolanya semenjak kecil.

“Dalam bidang pengacaraan, saya selalu memandang tinggi kepada selebriti ini, waktu saya kecik saya selalu pandang dia dan dia merupakan seorang selebriti yang sangat berbakat.

“Bukan saja boleh berlakon, menyanyi, mengacara. Kira macam memang serba boleh beliau ni, tentulah Allahyarhamah Adibah Noor. Dia selau menjadi idola saya,” luahnya.

Menerusi video yang sama, Sherry turut menceritakan pengalamannya bertemu Allahyarham saat pertama kali dia menjejakkan kaki dalam bidang seni.

“Saya pernah pertama kali jumpa apabila saya masih baru dalam industri, saya kata ‘Kak Dibah, terima kasih kerana Kak Dibah berada dalam industri ini memberi harapan kepada orang-orang seperti saya.

“Maksud saya, dalam industri ni setengah orang ada stigma bila berada di kaca TV mesti nak kena ada look yang sebegitu sebegini, jadi Kak Dibah dah pecahkan stigma tersebut untuk dia buktikan kebolehannya dan terus sukses.

“Alhamdulillah, kerana beliau saya berada di sini,” ujarnya lagi.


Sekadar info, Allahyarhamah Adibah Noor menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleneagles, Ampang akibat kanser ovari tahap empat pada 18 Jun 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 Aug 2018

Ribut Pasir Tak Gugat Semangat Jemaah Haji

kejadian bermula sekitar jam 6.30 petang di mana jemaah haji dalam keadaan tidak menyangka kawasan itu akan dibadai ribut.

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

中文AIM报名创新高!黄明志与郭修彧个人报名量最高

《2020 AIM 中文音乐颁奖典礼》报名已截止,经过整理与统计,该届报名再创新高,其中个人报名量最高的是郭修彧以及黄明志!

Featured Tue, 26 Nov 2019

Rawatan baharu bagi pesakit kanser payudara

Kajian Novartis bantu pesakit nikmati kehidupan bermutu

Featured Tue, 9 Jul 2019

10 petanda hubungan anda dengan pasangan semakin renggang

Pastikan anda tidak berada di dalam situasi ini.

Hiburan Wed, 8 May 2019
Featured Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Tahniah! Zizie Ezette Hamil Lagi

steri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkongsi berita gembira ini di laman Instagramnya, hari ini.

error: Content is protected !!