Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 25, 2023 @ 6:55pm

Datuk Shake Bakal Gegar Zepp KL 16 Disember Ini!

Penyanyi yang popular sekitar tahun 80-an, Datuk Shake akhirnya hadir dengan khabar gembira buat seluruh peminatnya di Malaysia.

Bakal tampil dalam siri konsert Datuk Shake Live in Kuala Lumpur pada 16 Disember depan, pastinya konsert kali ini akan mempamerkan perjalanan menakjubkan penerokaan kronologi kerjaya muziknya sejak tahun 1983 sehinggalah terbitnya album Chameleon sekitar tahun 2012.

Mengulas lanjut berkenaan konsert, InTour Live Events menyifatkan Konsert Dato Shake Zepp Kuala Lumpur (KL) sebagai sebuah destinasi buat peminat kembali menggembara masuk ke masa silam dengan karya-karya hitnya yang sudah menjadi siulan sejak era 70-an, 80-an dan 90-an. 

Teruja pulang ke tanah air

Dalam pada itu, pelantun lagu Anugerah Dari Kegagalan ini juga mengaku, konsert yang berlangsung pada Disember ini merupakan impiannya sejak tahun 2020 lagi.

Namun, impian itu terpaksa ditunda susulan pandemik melanda, bagaimanapun dia bersyukur kerana impiannya itu bakal menjadi kenyataan.

“Janji pasti akan ditepati untuk peminat yang masih sayangkan saya. Pada tahun 2020, saya merancang untuk melakukan jelajah besar ke seluruh Malaysia dan Asia! Malangnya pandemik itu merosakkan rancangan semua orang termasuk saya! 

“Kami penghibur memutuskan untuk bergerak ke hadapan (move on)  dengan pertolongan dan kasih sayang Tuhan serta  orang ramai. Nantikan untuk berjumpa anda tidak lama lagi Zepp KL! 

“Saya akan kembali ke Malaysia dalam Konsert Dato’ Shake Zepp KL, 16 Disember 2023 ini. Jumpa anda semua nanti!  Tdak sabar untuk membuat persembahan di Zepp KL  kerana banyak ulasan yang bagus tentang Zepp sebagai salah satu pentas terbaik,” katanya.

Sekadar info, Konsert Datuk Shake Live In KL nanti akan menyaksikan penyanyi antarabangsa ini bakal menghiburkan penggemar untuk tempoh 90 minit menerusi lagu-lagu asalnya dalam tiga bahasa iaitu, Perancis, Inggeris dan Melayu. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan tiket, peminat boleh dapatkan tiket menerusi www.ticketcharge.com.my 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Mar 2020

Covid-19:Nourul Depp Gabung Penyanyi Tanah Air, Beri Semangat Buat Rakyat Malaysia

WALAUPUN penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan dengan peningkatan angka kematian saban hari,perkara ini  tidak mematahkan semangat patriotik dan cintakan negara untuk barisan penyanyi dan selebriti tanah air kita.  Penyanyi Nourul Depp bertindak menghasilkan video menggabungkan […]

Hiburan Wed, 1 Jul 2026

“Tak Ada Kaitan Dengan Bapa Dia, Aku Yang Besarkan Sampai Boleh Berlari!” – Rita Rudaini Berang Nama Bekas Suami Dikaitkan Dengan Kejayaan Anak

, Rita Rudaini membidas kenyataan seorang individu yang mengaitkan kejayaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, dengan bekas suaminya, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.

Featured Mon, 14 Jun 2021

Beri Kelonggaran Keluarkan i-Sinar Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Kelonggaran untuk mengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Sinar 2.0 secara bersasar kepada golongan yang terkesan wajar dilakukan oleh kerajaan. Menurut Pakar Ekonomi Asia e University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, KWSP perlu […]

Hiburan Wed, 21 Nov 2018
Trending Fri, 22 Mar 2019

Dengan #HeadScarfForHarmony, Laungan Azan Solat Jumaat Di Christchurch Dihadiri Ribuan Rakyat New Zealand

#HeadscarfforHarmony tanda solidariti tragedi tembakan Christchurch

error: Content is protected !!