Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops August 13, 2018 @ 12:29pm

Pengaruh Eina Azman, Netizen Mula Rajin Masuk Dapur

Pelakon dan usahawan, Datin Paduka Eina Azman sememangnya dikenali dengan sifatnya yang gemar memasak. Sifatnya yang suka berkongsi resepi menu masakan di laman Instagram miliknya mampu menarik minat ramai netizen untuk ke dapur.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak menyangka ungkapan spontan ‘done’  pada penghujung video masakannya menjadi ikutan ramai sekaligus tular di laman sosial. Malah, segelintir peminat turut memuat naik beberapa video yang mengikut cara sebutan yang sama seperti Eina.

 

Good morning… done cooking Ikan Bilis Goreng Petai Pedas ?

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Menurut Eina, dia gembira kerana ramai netizen masuk ke dapur untuk memasak kakibat terpengaruh oleh video masakannya.

“Ungkapan ‘done’ itu terkeluar secara spontan setiap kali saya selesai memasak. Cuma saya tidak sangka gaya sebutan saya itu menjadi seperti satu ‘trend’ pula. Malah, ada yang mengajuk cara sebutan berkenaan serta menjadikannya bahan lawak.

“Namun, saya tidaklah terasa hati atau sebagainya, malah teruja apabila melihat ramai yang semakin berminat ke dapur. Jika sebelum ini saya mengehadkan akses pengikut akaun Instagram saya, namun kini saya menukarkannya kepada ‘mode’ umum.

“Gembira rasanya apabila ramai yang mencuba resipi yang saya kongsi di Instagram. Namun, biasalah ada juga yang turut meninggalkan komen negatif. Lagipun bukan semua orang menyukai kita. Setiap orang pula mempunyai resipi dan cara sendiri apabila memasak.” Katanya

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkata, mempunyai pembantu rumah tidak menghalang dirinya sebagai isteri dan ibu untuk memastikan segala keperluan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah dan anak-anak,Karl Kareef dan Arianna Aubrey, diuruskan dengan sebaiknya, termasuklah dalam penyediaan makanan serta pakaian mereka.

Wah, dah lah cantik pandai masak pula tu? Betul tak?

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Aug 2022
Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Featured Thu, 9 Dec 2021
Hiburan Wed, 16 May 2018

Sajat Dilabel ‘Makcik Bawang’?

Haa, nak tahu favourite spot Sajat kat mana? Dan, apa pula yang di’bawangkan’ oleh Sajat dan rakan-rakannya? Kenalah tunggu episod seterusnya dalam Nur Sajat Rated Xtra!

Events Sat, 31 Aug 2019

第二届台马音乐人交流会!30位台湾音乐人来马促进交流

第二届台马音乐人交流会收获满满!台湾和马来西亚音乐厂牌达致两地合作,第二届「城市巨响音乐节」明年一月出击。

Events Fri, 14 Sep 2018

#daiTV3 : Siapakah Yang Layak Ke Pentas Pendakwah Nusantara Musim Yang Ke-6 Ini?

Episod Separuh Akhir Pendakwah Nusantara Musim Yang Ke-6 hanya di TV3!

error: Content is protected !!