Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana April 12, 2023 @ 6:03pm

“Dia Puasa Tapi..” – Pakar Jelaskan Sebab Ibu Hamil Perlu Bawa ‘Buku Pink’ Setiap Masa

Secara umum, wanita hamil sentiasa harus diawasi selain melakukan rawatan rapi bagi memastikan kandungan sentiasa dalam keadaan yang sihat.

Segala rekod berkaitan ibu dan bayi akan dicatat dalam ‘buku pink’, jadi para ibu hamil perlu pastikan ia selamat disimpan dan disarankan membawa buku rekod berkenaan setiap masa.

Satu perkongsian oleh Pakar Sakit Puan, Dr Izzat menerusi ciapannya di Twitter tentang pesakit yang baru berjumpa dengannya tidak membawa buku rekod tersebut bersama.

Dalam bebenang berkenaan, Dr Izzat menasihati para ibu hamil untuk sentiasa bawa buku rekod setiap masa untuk tahu maklumat sejarah kesihatan tentang kehamilan.

Menurut Dr Izzat, ibu yang cukup sihat dan mampu berpuasa boleh meneruskan ibadah berkenaan. Namun, ada beberapa keadaan yang dinasihatkan untuk cepat berbuka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata waragamaya berkongsi cara untuk tidak lupa bawa ‘buku pink’ setiap masa.

“Wife dulu akan scan buku pink tu letak dalam google drive bawah 1 folder dengan page numbering sebagai nama file. Scan setiap muka surat yg di isi dan update setiap kali lepas rawatan. Jadi tak ada masalah kalau ada emergency. Maklumat accessible dari phone.

“Selepas setiap kali jumpa doktor ANC, snap gambar dan email kepada sendiri. Boleh cc suami. Tiap kali, reply ALL ke dalam thread yg sama. Mudah cari. Suami ada copy jika emergency,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Netizen Anggap Sharifah Sakinah ‘Wakil Rakyat’

Sharifah Sakinah jadi wakil rakyat pula?

Hiburan Mon, 23 Oct 2023

Famili Duo 3: “Kalau Juri Teliti Lirik & Persembahan Kami Mungkin Mesej Sampai”- Dikritik Teruk Oleh Ajai, Mas Idayu… Adam & Ryan Bakery Tak Terasa Hati

Walaupun teruk dikritik juri tetap, yang penting Adam & Ryan Bakery tak putus harapan! Goodluck minggu depan tema Rock!

Featured Fri, 12 May 2023
Featured Thu, 26 Jan 2023

Ajar Pesakit Kanak-Kanak Doa Afiyah, Perdana Menteri Buat Ramai Sebak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan impian seorang kanak-kanak penghidap vasculopathy cirrhosis occlusive yang dikenali sebagai Farzana yang mahu bertemu beliau sebelum menjalani pembedahan. Dalam pertemuan terbabit, Anwar sempat mengajar doa Afiyah kepada […]

Hiburan Sun, 23 Mar 2025

Sempat Beramah Mesra Dengan Pengunjung & Peniaga, Menteri Komunikasi Rasmikan Starvendors KL Mega Raya Fest 2025

Sudah bermula sejak Khamis, Starvendors yang berterusan selama 80 jam itu dijadualkan berakhir pada Isnin.

Trending Mon, 26 Jul 2021
Trending Mon, 26 Nov 2018

Duyung Pinggang Secekak Ditemui Di Pantai Remis. Cantik Sungguh!

Sudah beranak empat, tapi body mantap macam anak dara. Paling mengejutkan ukuran pinggangnya 23 inci saja!

error: Content is protected !!