Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 21, 2026 @ 12:38pm

Dari Peminat Ke Pentas Idola, Impian Sedekad Insomniacks Tercapai… Jadi Pembuka Konsert 5 Seconds of Summer!

Selepas lebih sedekad menjadikan muzik 5 Seconds of Summer (5SOS) sebagai sumber inspirasi utama, kumpulan pop-rock tempatan, Insomniacks, akhirnya bakal merealisasikan impian besar mereka apabila diumumkan sebagai artis pembuka tirai konsert kumpulan popular dari Australia itu yang berlangsung pada 17 November dan 4 Disember depan.

Bagi peminat setia, hubungan antara Insomniacks dan 5SOS sememangnya bukan sesuatu yang baharu. Sejak awal penubuhan, kumpulan itu sering dikaitkan dengan pengaruh muzik 5SOS, malah pernah menghasilkan versi cover lagu “Broken Home” dan “Amnesia”, yang menjadi antara karya kegemaran peminat mereka.

Menurut penganjur konsert, SAH Entertainment yang diterajui Sufi Rashid, persamaan antara kedua-dua kumpulan dapat dilihat menerusi identiti muzik, tenaga persembahan serta hubungan rapat yang dibina bersama peminat.

“Saya percaya Insomniacks mempunyai kekuatan tersendiri untuk mencipta fenomena mereka sendiri. Kalau diperhatikan perjalanan seni mereka, memang ada pengaruh 5SOS dari segi karakter, muzik dan persembahan.

“Ramai peminat Insomniacks juga membesar dengan lagu-lagu 5SOS, jadi hubungan antara kedua-dua kumpulan ini terasa sangat semula jadi dan pastinya sesuatu yang istimewa buat peminat tempatan,” katanya.

Ketika ditanya lagu 5SOS yang paling sesuai dirakam semula secara rasmi oleh Insomniacks, Sufi memilih “Amnesia” sebagai pilihan utama.

“Bagi saya, ‘Amnesia’ paling sesuai. Lagu itu cukup popular dan ramai peminat sudah mengaitkannya dengan Insomniacks sejak dahulu lagi,” katanya.

Mengulas cabaran menghasilkan cover lagu antarabangsa yang sudah mempunyai kelompok peminat besar, Sufi berkata aspek kualiti dan penerimaan pendengar menjadi perkara yang paling penting.

“Apabila kita menyentuh karya daripada artis yang mempunyai fanbase besar, sudah tentu harapan mereka juga tinggi. Jadi, kita perlu pastikan hasil yang diberikan mampu memenuhi jangkaan itu.

“Dalam kes Insomniacks, mereka berjaya melakukannya dengan baik. Ramai masih mengingati bagaimana mereka begitu mengidolakan 5SOS dan saya rasa perkara itu membuatkan peminat kedua-dua kumpulan mempunyai hubungan yang kuat,” katanya.

Sufi turut yakin karya-karya cover yang pernah dihasilkan Insomniacks mampu menjadi medium untuk memperkenalkan muzik mereka kepada pendengar antarabangsa.

“Sudah tentu. Saya percaya ia mampu membuka lebih banyak peluang untuk mereka,” katanya.

Bercakap mengenai kemungkinan kolaborasi antara Insomniacks dan 5SOS pada masa depan, Sufi berharap dapat melihat kumpulan tempatan itu berdiri sama tinggi dengan idola mereka.

“Kalau peluang itu hadir, saya mahu melihat Insomniacks berkongsi pentas dengan kedudukan yang setara. Mereka mempunyai citarasa muzik yang hampir sama dan saya percaya mereka mampu pergi lebih jauh serta mencipta identiti yang lebih besar.

“Paling penting, mereka berbakat, merendah diri dan sentiasa menjauhkan diri daripada kontroversi. Itu antara kelebihan yang boleh membawa mereka terus maju dalam industri,” katanya.

Sebagai individu yang membawa 5SOS kembali ke Malaysia, Sufi mengakui peluang untuk artis tempatan menjadi pembuka tirai konsert sentiasa diberikan perhatian.

“Ini impian mereka dan saya rasa mereka memang layak untuk berada di posisi ini,” katanya.

Dalam masa sama, Sufi menitipkan pesanan kepada kumpulan tempatan yang mahu menghasilkan cover lagu antarabangsa supaya tidak melupakan identiti sendiri.

“Tidak salah untuk menjadikan artis luar negara sebagai inspirasi dari segi muzik atau persembahan. Tetapi jangan terlalu mengikut sehingga hilang keunikan sendiri.

“Pada akhirnya, identiti itulah yang akan membezakan seseorang artis dengan yang lain. Insomniacks membuktikan walaupun mereka bermula dengan lagu-lagu cover 5SOS, mereka akhirnya berjaya membina nama dan identiti sendiri. Hari ini, orang mengenali mereka kerana karya, personaliti dan gaya mereka sendiri,” katanya.

Peluang membuka tirai konsert 5 Seconds of Summer bukan sekadar menjadi pencapaian terbesar buat Insomniacks setakat ini, malah menjadi simbol kepada perjalanan 10 tahun mereka yang bermula sebagai peminat sebelum akhirnya berpeluang berkongsi pentas dengan kumpulan yang menjadi inspirasi utama mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Featured Fri, 15 May 2026

Rambut Ditarik, Diikat Seperti Salib! Anak Ani Maiyuni Kongsi Semula Insiden Dibuli – “Ambil Masa Bertahun Untuk…”

Kata Viviana menerusi hantaran di Threads, perkara itu masih segar dalam ingatannya biarpun dia kini sudah berusia 21 tahun.

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Lelaki Hina Abam Isu DNA Anak, Tampil Mohon Maaf!

Tahniah Abam kerana memaafkan tindakan lelaki tersebut terutamanya dibulan mulia ini.

Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Featured Wed, 19 Mar 2025

Memang Legend! M. Nasir Cetus Sejarah, Cipta Raya ‘Konsert Spin Off Lagu Raya’ Pertama Dianjurkan Di Malaysia

Konsert ini akan menampilkan kira-kira 20 buah lagu, dengan 17 daripadanya bertemakan hari raya.

Hiburan Sun, 15 Oct 2023

Guru Perlekeh Murid Bawa Bekal Nasi Berlaukkan Ulat Sagu

Tak baik tau! Sampai hati cikgu tu😢🥺

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Jelajah Budaya Dunia Dari Kaca Mata Rakyat Malaysia, SAYS Lancar Siri Video ‘Nandini Mana?!’

Nandini Mana?! merupakan siri video eksplorasi unik merentas Asia hingga Eropah!

error: Content is protected !!