Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 15, 2026 @ 1:13pm

Rambut Ditarik, Diikat Seperti Salib! Anak Ani Maiyuni Kongsi Semula Insiden Dibuli – “Ambil Masa Bertahun Untuk…”

“Percayalah ambil masa bertahun untuk saya buka cerita ini sebab masih segar dalam ingatan saya,” demikian luahan anak kepada penyanyi Ani Mayuni, Wirda Viviana Zairi selepas mengaku dia pernah menjadi mangsa buli di sekolah.

Kata Viviana menerusi hantaran di Threads, perkara itu masih segar dalam ingatannya biarpun dia kini sudah berusia 21 tahun.

“Saya yakin ramai sudah tengok podcast Kita Kita Je berkenaan saya dibuli.

“Percayalah ambil masa bertahun untuk saya buka cerita ini sebab masih segar dalam ingatan saya,” katanya.

Dalam hantaran sama, Viviana bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembuli tersebut selain menjelaskan perkongsian menerusi audio siar yang dikendalikan oleh pengacara, Datuk Aznil Haji Nawawi itu sekadar mahu menyebarkan kesedaran.

“Tetapi Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Saya tidak dedah nama pembuli sebab bagi saya cukuplah hanya saya dan orang sekeliling saya sahaja yang tahu, sekadar kesedaran untuk semua orang. Katakan tidak pada buli.

“Bukan An Najwa yang buli ya. Kak Aqilah itu pula adalah orang yang selamatkan saya pada malam itu. Tidak lupa juga dua orang kawan baik saya yang sanggup ke depan untuk tolong saya,” jelasnya.

Sebelum ini, tular sepotong video pendek memperlihatkan anak kepada pelantun lagu dangdut ‘Terang Bulan’ itu mendedahkan dirinya teruk dibuli oleh pelajar senior ketika berusia 16 tahun.

Selain dibuli sehingga lemah, Viviana turut menerima kata-kata kesat daripada pembuli berkenaan.

“Saya ingat sampai sekarang, ada seorang kakak ini (Aqilah) dia tarik saya. Budak tingkatan empat bergaduh dengan budak tingkatan lima. Dia seorang saja yang datang dekat saya dan tarik terus sebab dia nampak saya dalam keadaan lemah,.

“Tangan saya dipegang seperti dalam keadaan salib dan kaki pun diikat. Tak cukup dengan itu, selepas itu rambut saya ditarik. Dia kata, ‘Bangunlah bodoh! Kau tak payah nak buat-buat lemah, kau lari kuat pula’,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 25 Mar 2020
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Featured Fri, 22 May 2020
Featured Wed, 11 Feb 2026

“Semestinya Awak Nak Seseorang Yang Boleh Jadikan Anda Lebih Baik.. Your Life, Your Choice Babe” – Ameera Khan

Katanya menerusi perkongsian di Instagram Stoy (IGS), setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seseorang itu adalah berdasarkan pilihan masing-masing.

Featured Tue, 8 Feb 2022
Kisah Viral Sun, 4 Jan 2026

Didakwa ‘Pasar Malam T20’, Havoc Food Festival Buka Mulut Isu Harga Makanan Mahal

Betul ke harga makanan di festival makanan ala-ala T20?

Featured Wed, 15 Oct 2025

“Memang Orang Yang Selalu Diganggu Perlu Ada Pendinding Tapi…” – Ara Johari

Penyanyi dan pelakon, Ara Johari, tampil memberi pandangannya berhubung dakwaan kononnya wujud unsur ‘buatan orang’ dalam pertandingan nyanyian.

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

#HajatDanceChallenge Di Laman Sosial Media

#HajatDanceChallenge ada yang kata macam zumba ada pula yang kata Poco Poco so yang mana satu yang betul

error: Content is protected !!