Euforia Bola 2026
Selebriti By: Fatin Nurain October 4, 2023 @ 12:31pm

Siti Hajaar Luah Rasa Rindu Pada Arwah Bapa – “Abah La Hero Aja Selamanya…”

Isteri penyanyi MK K-Clique, Siti Hajaar telah meluahkan rasa sayunya selepas pemergian arwah bapanya, Syeikh Nordin Sheikh Ahmad, pada 1 Oktober lalu.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Hajaar menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Menurut Hajar, pemergian arwah bapanya merupakan perpisahan yang paling menyakitkan kerana merindukan figura seorang ayah yang sudah pergi buat selamanya.

“Perpisahan yang paling menyakitkan adalah berpisah karna kematian, sekuat apapun kamu merindukanya tidak akan pernah kembali.

“Hargailah ibu bapa, jaga dia sayang dia. Rindu yang tak akan pernah hilang. Allah saja yang tahu dan mengetahuinya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hajaar sempat membuat coretan yang menggambarkan suasana hiba ketika mereka sekeluarga menunggu arwah bapanya ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“1/10/2023; Hari yang saya kehilangan seseorang yang sangat saya cintai dan sayang “Abah”. Abah la orang cinta pertama saya dan selama nya hingga ke syurga.

“Saya anak yang paling manja dengan Abah. Aja, Mama dan anak-anak Abah semua tunggu Abah bangun atau sedar masa Abah di ICU. Rindu sangat ya Allah. Tapi Allah lebih sayangkan Abah.

“Tapi dengan izin Allah, Alhamdullilah Allah permudahkan segala urusan Abah. Anak-anak dan menantu Abah semua mandikan Abah, mengkafankan Abah dan menjadi imam solat untuk Abah,” katanya.

Bagaimana pun, Hajaar menyifatkan kedua-dua ibu bapanya sudah berjaya mendidik mereka adik-beradik dengan sempurna.

Malah, dia turut meminta orang ramai untuk terus menitipkan doa kepada arwah bapanya agar ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Abah dan Mama sangat cukup mendidik kami adik beradik dengan sangat sempurna. Abah la hero Aja selamanya. Tak mampu nak ucap apa-apa.

“Cuma minta semua doakan Abah saya Syeikh Nordin Bin Sheikh Ahmad dikalangan orang-orang yang beriman dan syurga buatnya. Kita jumpa di syurga ya Abah.

“Cinta seseorang anak dekat ayahnya tak kan pernah hilang. Abah sentiasa di dalam doa kami sekeluarga. Love you Abah. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, MK menyifatkan Hajaar seorang wanita yang kuat dan menitipkan kata-kata semangat buat isteri tercintanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Titip Kata Semangat Selepas Pemergian Bapa Tercinta, MK Sifatkan Siti Hajaar Wanita Kuat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 Mar 2023

[VIDEO] Amelia Henderson Dedah Pernah Hilang Rakan Baik Gara-Gara Bukan Dari Keluarga Kaya  – “Saya Nampak Siapa Ikhlas Berkawan Dan…”

Mesti kawan Amelia tu menyesal kan sekarang? 🤪🤪 Syukurlah dihindari kawan yang seperti ini fuhhh

Hiburan Wed, 11 Mar 2020
Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Ini Hadiah Mark Adam Buat Ibu Tercinta

Semoga murah rezeki Mark Adam!

Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Sharifah Sakinah Ajak Meerqeen Couple?

Eh biar betul? Pastu #meerna macam mana? 😱

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

BUKAN NAK SOROK – RAMONA ZAMZAM

Ramona turut memaklumkan bahawa dia sudah mendaftarkan nama puteri sulungnya itu tetapi masih belum bersedia untuk mengumumkan nama tersebut kepada public

Hiburan Tue, 15 Oct 2024
Featured Fri, 28 Jun 2024

“Syabas Jadi B*ru*h Yang Tidak Dibayar”- Ibu Aliff Aziz

Alamak, kita baca pun sakit hati dengar inikan pula orang yang kena caci macam ni. Hurmmmm🤧🙄

Hiburan Wed, 14 Sep 2022
error: Content is protected !!