Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 14, 2022 @ 8:47pm

Zee Avi Hilang Pendengaran, Terpaksa Guna Hearing Aid – “Keadaan Boleh Jadi Lagi Parah”

Penyanyi Zee Avi mendedahkan aktiviti sebagai anak seni terjejas kerana mengalami masalah pendengaran sejak tahun lalu.

Zee atau nama sebenar Izyan Alirahman, 37, memberitahu dia terpaksa menerima hakikat apabila digelar sebagai orang ‘pekak’.

“Kalau orang panggil pekak, hendak buat macam mana tetapi perkataan pekak itu sebenarnya agak sensitif untuk kebanyakan orang sebab masalah pendengaran ini ada banyak tahap.

“Apa yang saya alami sekarang adalah hilang pendengaran tetapi untuk orang pekak mereka memang dilahirkan sebegitu.

“Jadi saya dalam kategori hilang pendengaran. Apabila tak jaga kesihatan pendengaran, macam itulah jadinya,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Kantoi ini, dia berdepan dengan masalah komunikasi terutama ketika berbual bersama rakan-rakan kerana terpaksa meminta mereka menguatkan suara.

“Kawan-kawan cakap lemah lembut tapi apabila terpaksa minta mereka cakap lebih kuat, saya pula rasa bersalah.

“Mereka seperti menjerit kalau bercakap dengan saya dan saya tidak mahu lakukan itu kepada kawan-kawan,” ujarnya.

Zee ditemui pada Majlis Exclusive Screening Hour With The Stars yang dibawakan oleh Global Hearing Care Malaysia, di sini, semalam.

Selain Zee, selebriti lain yang hadir ke majlis terbabit adalah Dina Nadzir, Jaclyn Victor, Elvira Arul, Atilia dan Sharon Paul.

Selepas melakukan ujian pendengaran dan konsultasi audiologis di Global Hearing Care Centre (GHCC), Wangsa Maju, dia bersetuju untuk menggunakan alat bantuan pendengaran pada kedua-dua belah telinga selama 13 jam sehari.

Tambah Zee, alat tersebut dapat membantunya mendengar dengan lebih baik dan memperlahankan risiko kehilangan pendengaran buat selamanya.

“Sekarang setiap hari selama 13 jam saya perlu pakai alat bantuan pendengaran ini melainkan ketika tidur.

“Celik sahaja mata, saya akan terus pakai sebab kalau tidak mengenakan di telinga, pendengaran saya jadi lemah.

“Kalau saya tak gunakan alat ini, saya cenderung untuk menguatkan lagi bunyi dan keadaan saya boleh menjadi lebih parah.

“Bermula dengan sesi ujian pendengaran dan konsultasi, saya akhirnya bersetuju untuk menggunakan alat bantuan pendengaran.

“GHCC juga menawarkan servis alat bantu pendengaran, ujian pendengaran bagi bayi dan dewasa, serta konsultasi masalah pendengaran selain menjadi pengedar beberapa jenama terkemuka Alat Bantu Pendengaran seperti Bernafon, Oticon, Phonak & Widex,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Jul 2021

Boleh Mohon Bantuan RM 5,000 One Off Untuk Keluarga Pesakit COVID-19

Orang ramai boleh memohon bantuan khas sekali bayar RM5,000 diperuntukkan kepada waris pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi perkongsiannya memaklumkan bantuan pengurusan kematian Covid-19 itu akan diberikan kepada pemohon […]

Featured Sun, 7 May 2023
Cahaya Mata Thu, 27 Oct 2022

“Manja Tak Kami?” – Berjoget Anak Beranak, Netizen Simpati Nasib Cahaya Mata Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi menjadi perhatian umum apabila aksi berjoget bersama dua orang anaknya iaitu Qadejah El Zahra dan Ammar Ahyyan tular di media sosial. @aliffsyukriterlajaklarisManjaaa tak kami??♬ No comment […]

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

TAEYANG AND MIN HYO RIN’S WEDDING INVITATION IS SO PRETTY!

The couple will be getting married next month and now their wedding invitation has been revealed.

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Hiburan Fri, 23 Mar 2018

Nama Naik, Tudung Pun Naik!

Selama ini finalis akhir pentas AJL32 itu kan dilihat sebagai seorang gadis lemah lembut, sopan santun malah selalu bertudung labuh menutupi bahagian dadanya.

error: Content is protected !!