Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 10, 2022 @ 6:34am

Ayda Jebat Luah Rasa Cinta Terhadap Nabil Mahir Menerusi Single Baharu

Selepas hampir tiga tahun, penyanyi Ayda Jebat tampil dengan single baharu bergenre pop jazz berjudul Tak Bisa Lepas.

Dihasilkan sendiri oleh Ayda bersama komposer seberang, Irwan Simanjuntak, Tak Bisa Lepas mendapat inspirasi daripada kisah cintanya bersama suami, pengacara Nabil Mahir.

“Alhamdulillah, selepas kali terakhir muncul dengan Parah Parah pada 2020, saya hadiahkan peminat dengan lagu Tak Bisa Lepas.

“Lagu ini sudah ditulis dan dirakamkan sekitar tiga tahun lepas. Ia berkisarkan mengenai perjalanan kisah cinta saya dan suami.

“Ketika itu, kami dalam fasa menyelami isi hati masing-masing dan mahu membawa perhubungan ke fasa lebih serius. Apa yang saya alami sewaktu awal bibit cinta dengan Nabil, saya ceritakan lagu ini,” kata Ayda.

Ayda ditemui di majlis pelancaran single Tak Bisa Lepas di The Curve, Damansara, baru-baru ini.

Dalam acara yang sama, Ayda turut melancarkan muzik video Tak Bisa Lepas yang menjalani penggambaran di Pulau Langkawi, Kedah.

“Muzik video Tak Bisa Lepas sudah berada di laman YouTube sejak 3 September lalu. Nabil bertindak selaku pengarah dan saya membantunya bersama pengarah kreatif, Hafreez Amminuddin.

“Ini juga kemunculan pertama saya mendendangkan lagu berentak pop jazz. Jika sebelum ini saya sering menyajikan peminat dengan lagu rancak dan balada, saya berharap pendengar dapat memberikan maklum balas baik terhadap Tak Bisa Lepas,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Hiburan Sat, 2 Nov 2019

Fizz Fairuz Lebih Minat Watak Antagonis?

Dalam Kamar Kamariah, saya membawakan dua karakter yang jauh berbeza. Satu karakter lelaki baik manakala satu lagi watak jahat.

Featured Mon, 21 Apr 2025

[VIDEO] “Sejuk Perut Ibu Mengandung”- ‘Belanja’ Surah Al-Fatihah, Netizen Komen Bacaan Amir Ahnaf Merdu

Pelakon popular, Amir Ahnaf mencuri perhatian selepas sepotong bideo pendek tular di platform TikTok.

Trending Thu, 17 Dec 2020

Penceramah Bebas Ditahan Cabul Ahli Perniagaan Lelaki

Seorang ustaz yang turut bergelar penceramah bebas dipercayai mencabul ahli perniagaan lelaki.

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
Trending Sun, 22 Apr 2018

Merajuk Dengan Keluarga, Kanak-Kanak Bawa Diri Ke Bali Seorang Diri!

Emma berasa terkejut dan tidak boleh menjelaskan bagaimana perasaannya selepas mengetahui anaknya itu ke luar negara seorang diri dan menginap di Hotel All Season yang bertaraf empat bintang…Memang berani lah awak dik!

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Kongsi Foto Mata Lebam, Hantaran Terbaharu Zahnita Cetus Spekulasi – “Kena Ab*se Ke?”

Zahnita Wilson mencetuskan spekulasi selepas berkongsi foto matanya yang lebam.

Featured Wed, 3 Aug 2022
error: Content is protected !!