Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 28, 2025 @ 6:11am

Mahu Pikat Gen Z Dengan Muzik Catchy & Easy Listening… Kat Roshan Berkolaborasi Dengan Adam E Dalam ‘Hey U’

Penyanyi baharu berbakat, Kat Roshan menjalin kolaborasi dengan Adam E menerusi lagu terbaru mereka berjudul Hey U.

Berbeza dengan lagu-lagu mereka sebelum ini, Hey U merupakan sebuah kisah penuh emosi yang menggambarkan realiti dalam hubungan cinta yang penuh konflik dan ketidakpastian.

Menurut Kat, dia mahu muncul dengan genre muzik yang lebih catchy menerusi Hey U.

“Jika sebelum ini, saya sering muncul dengan muzik irama balada. Baru-baru ini, saya muncul dengan I’m A Rebel dan seronok dengan genre rap.

“Kini, saya beralih untuk mencuba muzik yang lebih catchy seperti yang ada dalam Hey U. Saya mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru kerana irama dalam single Hey U lebih catchy dan genre muzik sebegini digemari anak muda dan kami mahu memikat golongan Gen Z,” katanya.

Tambah Adam pula, peluang bekerjasama dengan Kat dalam lagu Hey U datang tanpa diduga.

“Hey U sangat berbeza dengan produk-produk yang pernah saya tampilkan. Sebelum ini pernah mengeluarkan beberapa single serta menjadi penerbit untuk album dan lagu-lagu Yonnyboii seperti Sakit dan Salahku.

“Pada awalnya, saya hanya menjadi penyanyi ‘demo’ untuk lagu Hey U dan akhirnya selepas berbincang dengan semua pihak, saya dapat peluang berkolaborasi bersama Kat dalam single terbaru ini,” katanya.

Menurut Adam yang merupakan anak kepada legenda muzik Datuk Hattan, Hey U berkisarkan tentang seorang wanita yang begitu mencintai pasangannya, manakala si lelaki pula berusaha mengubah sikap buruknya yang sering curang.

Namun, akhirnya, perubahan yang dijanjikan tidak pernah menjadi kenyataan.

“Lagu ini adalah kisah cinta segi tiga yang tipikal tetapi sangat ‘relatable’. Ramai yang pernah mengalami situasi yang serupa,” katanya.

Sementara itu, Kat menambah bahawa lagu ini turut mengupas tarikan dan ketahanan dalam hubungan yang penuh ketidaktentuan.

“Saya menyampaikan lirik yang mencerminkan kekecewaan dan sindiran seorang wanita yang menyedari kecurangan pasangannya tetapi masih belum mampu melepaskannya,” jelasnya.

Pengalaman Menjayakan Video Muzik di Paris

Proses penggambaran video muzik Hey U dibuat di beberapa lokasi indah di Paris, Perancis dalam masa yang singkat. Adam menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan tetapi mencabar kerana mereka perlu bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan pantas.

Bagi Kat pula, suasana di Paris begitu mempesonakan sehingga mereka berusaha untuk merakamkan sebanyak mungkin pemandangan yang indah.

“Kami hanya mempunyai satu setengah hari untuk merakam video muzik ini, jadi semuanya terasa spontan. Namun, saya sempat mengalami sedikit masalah kesihatan akibat makanan, tetapi saya berjaya menghabiskan penggambaran,” katanya.

Kolaborasi dan Harapan Terhadap Lagu Ini

Lagu ini merupakan hasil kerjasama dengan beberapa individu kreatif, termasuk Asyraf Nasir sebagai penulis lirik bersama serta Radityo dan Jayson Teoh sebagai penerbit.

Video muzik pula diarahkan oleh Tobias Nash, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Kat dalam MV lagu ‘I’m A Rebel’.

Adam berharap lagu ini dapat diterima baik pendengar serta kena dengan pengalaman mereka sendiri.

“Saya mahu lagu ini membuatkan orang tersenyum. Ia ringan, menyeronokkan dan boleh dikaitkan dengan banyak kisah cinta di luar sana,” ujarnya.

Kat turut berharap lagu ini mendapat sambutan baik sekali gus menampilkan sisi dirinya yang lebih santai kepada peminat.

“Saya yakin ramai yang boleh kaitkan dengan mesej dalam lagu ini. Harapan saya adalah agar ia dapat menyentuh hati pendengar dan memberikan impak positif,” katanya.

Hey U kini boleh didengarkan di semua platform penstriman muzik utama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Mar 2026

Linda Rafar Rugi RM500,000, Tertekan Hingga Makan Ubat Selepas Didakwa Ditipu ‘Datuk’

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar, mendedahkan dia mengalami kerugian sebanyak RM500,000 selepas didakwa ditipu seorang individu bergelar ‘Datuk’ dalam satu urusan perniagaan. Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 48, berkata kejadian itu memberi impak […]

Hiburan Mon, 7 May 2018

Nafi ‘Lalok’, Mungkin Ada Unsur Sabotaj!

Pelakon jelita Uqasha Senrose yang ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5, semalam enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya.

Hiburan Tue, 15 May 2018

Malu Punya Pasal, Sam Smith Bakal Ke Mahkamah

Dia merasakan peminat tidak akan boleh menerima lagu-lagu ‘terlebih jiwang’ yang diciptakannya pada zaman dahulu. Hurm… belum cuba belum tahu kan?

Hiburan Mon, 25 May 2026

Memecah Sunyi Selepas Lebih Sedekad, Disagree Kembali Dengan Let’s Do It All Again

Kemunculan semula kumpulan yang dianggotai Zahid, Hamka dan Taa itu sekali gus mengubat kerinduan peminat yang sekian lama menantikan karya baharu daripada antara nama penting dalam arena alternatif rock Malaysia sekitar awal 2000-an.

Featured Fri, 14 Feb 2025

Kembali Ke Indonesia, Ameera Khan Manis Berkebaya Kongsi Momen Bersama Jefri Nichol

Ameerra sebelum ini mendedahkan bahawa dia akan bertemu Nichol sebelum berangkat ke Paris.

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

《郑伊健演唱会》 6月一起唱响云顶

《郑伊健演唱会》今年6月和郑伊健一起唱响云顶!

Hiburan Fri, 8 May 2026

Kristal OG Bukti 25 Tahun Masih Berbisa, Zepp KL Dibanjiri 2,500 Peminat

Lebih 2,500 peminat memenuhi Zepp Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu bagi menyaksikan Konsert Kristal OG 25 Tahun Perjalanan.

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

FaizaL Tahir Tegur Artis Baru Jangan Malas

Faizal Tahir memberitahu adalah tidak wajar bagi artis baru menarik diri dari mana-mana pertandingan yang melibatkan artis senior dengan alasan takut untuk menghadapi persaingan.

Hiburan Sun, 30 Mar 2025
error: Content is protected !!