Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 8, 2022 @ 4:30pm

Penutupan Sekolah Adalah Jalan Terakhir – KJ

Penutupan sekolah adalah jalan terakhir sekiranya penularan Covid-19 di dalam sektor pendidikan semakin buruk.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketika ini tiada jangkitan kategori empat dan lima dalam kalangan pelajar yang dijangkiti Covid-19.

“Penutupan sekolah memberi kesan yang besar terhadap pembangunan sama ada intelek dan sahsiah diri pelajar,” katanya.

Menurutnya, penilaian risiko akan dilaksanakan di semua sekolah. Namun, keputusan untuk pelajar kembali menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah langkah terkakhir yang akan diambil pihak kementerian.

“Mereka yang positif jangan datang ke sekolah, kelas yang mempunyai kes positif akan ditutup sementara.

“Dengan adanya 90 peratus daripada remaja kita sudah divaksinasi, lebih 90 peratus guru sudah divaksinasi dan selepas ini kanak-kanak juga divaksinasi, apa lagi yang boleh kita lakukan?” katanya.

Khairy berkata demikian selepas menjelaskan bahawa peningkatan kluster pendidikan adalah disumbangkan oleh pelajar di sekolah berasrama sahaja.

 

Sumber : Sinar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Tue, 17 May 2022

Hubungan Anak Direstui, Nourul Depp & Maria Farida Bakal Berbesan

Anak bercinta dan hubungan direstui, Nourul dan Maria bakal berbesan.

Trending Tue, 2 Jun 2020
Hiburan Thu, 11 Sep 2025
error: Content is protected !!